`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, April 15, 2024

Suspek kes tembak di KLIA direman esok

 

Free Malaysia Today
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata suspek akan dibawa ke Mahkamah Kota Bharu, Kelantan, pagi esok untuk mendapatkan perintah reman. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Suspek kes tembak di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 sedang disoal siasat polis dan akan direman esok.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Mohd Shuhaily Mohd Zain, berkata lelaki berusia 38 tahun itu akan dibawa ke Mahkamah Kota Bharu, Kelantan, pagi esok untuk mendapatkan perintah reman.

Katanya, ketika ini polis sedang menyoal siasat dan mengumpul maklumat daripada suspek.

“Hari ini kita akan proses dulu (soal siasat) suspek yang kita tahan tadi dan dia berada dalam keadaan sihat.

“Setelah polis selesai kumpul semua maklumat ke atas suspek, barulah kami akan buat sidang media pada 9 pagi esok di sini (IPK Kelantan),” katanya menurut Bernama.

Beliau ditemui pemberita di pekarangan IPK Kelantan selepas menerima taklimat berhubung kes itu.

Terdahulu, Ketua Polis Negara Razarudin Husain mengesahkan suspek terbabit kejadian itu ditahan kira-kira 3 petang tadi, di satu lokasi di Kota Bharu.

Dalam kejadian kira-kira 1.30 pagi semalam, seorang lelaki melepaskan dua das tembakan dengan satu daripadanya terkena pengawal peribadi kepada isterinya. Pengawal peribadi berkenaan sedang dirawat di sebuah hospital, dalam keadaan stabil.

Polis sebelum ini berusaha mengesan suspek Hafizul Harawi bagi membantu siasatan kes itu. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.