KOTA KINABALU: Perdana Menteri Anwar Ibrahim tiba di Kota Kinabalu pada 7.10 malam untuk lawatan kerja dua hari ke Sabah.
Pesawat khas membawa Anwar mendarat di Terminal 2, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu dan disambut Ketua Menteri Hajiji Noor.
Malam ini, perdana menteri dijadual menghadiri Majlis Makan Malam Kerajaan Negeri Sabah yang turut dihadiri Hajiji bersama menteri Kabinet negeri.
Esok, Anwar dijadual melawat Felda Sahabat di Lahad Datu pada sebelah pagi bagi menghadiri Karnival Segalanya Felda.
Perdana menteri kemudian dijadual menghadiri mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah, Kota Kinabalu juga dihadiri Hajiji dan anggota majlis yang lain.
Anwar dijadual berlepas pulang pada sebelah petang. - FMT
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.