`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Saturday, February 15, 2025

Amuk di Sungai Petani: 4 polis cedera, suspek maut

 

amuk sungai petani
Empat anggota polis cedera di kepala, tangan, bahu serta pinggul ketika cuba menangkap seorang lelaki berusia 32 tahun yang mengamuk di Sungai Petani semalam.

PETALING JAYA
Empat anggota polis cedera ketika cuba menahan seorang lelaki berusia 32 tahun yang mengamuk di Taman Seri Utama, Sungai Petani semalam.

Ketua Polis Kuala Muda Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, ketika polis cuba menangkapnya, suspek menghayunkan parang menyebabkan polis terpaksa melepaskan tembakan untuk mempertahankan diri.

Katanya, kesemua anggota polis terbabit, yang berusia antara 30 hingga 50an, cedera di kepala, tangan, bahu serta pinggul.

“Dua anggota polis yang berusia 40an dan 50an masih dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), manakala dua lagi anggota berusia 20an sudah dibenarkan keluar hospital,” katanya di IPD Kuala Muda, lapor Harian Metro.

Wan Azharuddin berkata, suspek dilaporkan meninggal dunia pada 1.04 pagi tadi.

“Laporan bedah siasat belum diperoleh setakat ini,” katanya, tanpa mengulas lanjut tentang butiran kejadian.

Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.