`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Saturday, February 15, 2025

Silinder gas meletup, pekerja kilang patah kaki

 

silinder gas penang meletup jbpm
Kejadian letupan silinder gas berlaku di sebuah kilang di Zon Perdagangan Bebas Fasa 3, Bayan Lepas hari ini. (Gambar JBPM)

GEORGE TOWN
Tiga pekerja mengalami kecederaan selepas berlaku letupan silinder gas di sebuah kilang di Zon Perdagangan Bebas Fasa 3, Lebuh Kampung Jawa, Bayan Lepas.

Komander Operasi Balai Bomba Bayan Baru, Abdul Manap Kadir, berkata dalam kejadian itu, seorang mangsa berusia 49 tahun patah kaki kanan, manakala dua lagi, masing-masing berusia 38 dan 40 tahun mengalami kecederaan ringan.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 1.16 tengah hari dan jentera dari balai Bayan Baru bergegas ke lokasi kejadian.

“Berdasarkan maklumat pekerja kilang, kejadian itu berpunca daripada letupan silinder gas jenis FM 200, menyebabkan tiga mangsa mengalami kecederaan.

“Mangsa telah diberikan rawatan awal oleh pasukan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) sebelum dirujuk kepada pihak perubatan Kementerian Kesihatan untuk rawatan susulan,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata, insiden letupan tersebut tidak melibatkan kebakaran dan pasukan bomba melakukan kerja-kerja pemantauan bagi memastikan tiada bahaya lain sebelum operasi ditamatkan sepenuhnya sejam kemudian.

Katanya, punca letupan dan jumlah kerugian masih dalam siasatan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.