`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Wednesday, February 26, 2025

PGA tumpas cubaan seludup anak pokok durian, laici lebih RM1 juta

 

Free Malaysia Today
Rampasan tanaman yang disyaki mempunyai serangga perosak dan penyakit itu dilakukan sekitar 10.20 malam pada Isnin. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA
Pasukan Gerakan Am (PGA) menumpaskan cubaan seludup 14,500 pokok durian jenis ‘black thorn’, laici serta longan selepas menahan sebuah lori di Kampung Parit Air, Rantau Panjang pada Isnin.

Komander Briged Tenggara PGA Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, rampasan membabitkan lebih 1,000 anak pokok durian ‘black thorn’, 8,000 pokok laici dan 5,500 pokok longan, dianggarkan bernilai keseluruhan RM1.12 juta, dipercayai diseludup dari Thailand.

“Rampasan tanaman yang disyaki mempunyai serangga perosak dan penyakit itu dilakukan sekitar 10.20 malam selepas anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan semasa menjalankan Op Taring Wawasan,” katanya, lapor Bernama.

Tambahnya, pemandu lelaki warga tempatan berusia 36 tahun yang dipercayai menjadi penghantar tanaman berkenaan ke pasaran tempatan turut ditahan.

Suspek dan barang rampasan dibawa ke Balai Polis Rantau Panjang untuk tindakan selanjutnya dan kes disiasat bawah Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 (Akta 167) Seksyen 5. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.