`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 




Sunday, February 16, 2025

Polis siasat penemuan bom tangan di LPT2

 

Free Malaysia Today
Sebutir bom tangan ditemukan seorang lelaki di LPT2 membawa kepada penutupan dari kedua-dua arah laluan itu sejauh 300m. (Gambar PDRM)

PETALING JAYA
Sebutir bom tangan ditemukan seorang lelaki ketika sedang memotong rumput di Lebuhraya Pantai Timur Dua (LPT2), dekat Bukit Besi, Dungun.

Ketua Polis Dungun Maizura Abdul Kadir, berkata susulan itu pihak berkuasa mengambil tindakan menutup laluan ke lokasi kejadian sejauh 300m demi, selepas menerima laporan 12.50 tengah hari tadi.

“Bila mengamati objek terbabit, lelaki itu mendapati ia bom tangan sebelum menghubungi talian kecemasan.

“Polis yang menerima laporan bergegas ke lokasi kejadian dan terpaksa menutup kedua-dua arah LPT2 terbabit sejauh 300m demi keselamatan semua pengguna,” katanya menurut Harian Metro.

Maizura berkata, pihaknya menghubungi unit pemusnah bom dari IPK Terengganu.

“Bom tangan terbabit berjaya dimusnahkan unit terbabit kira-kira 4 petang tadi.”

Katanya, polis sedang menyiasat penemuan bom itu, termasuk mengenal pasti individu bertanggungjawab meletakkannya di situ. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.