Suspek yang juga seorang tukang masak berusia 30 tahun itu ditahan di Putrajaya tengah hari semalam.

Suspek yang juga seorang tukang masak berusia 30 tahun itu ditahan di Putrajaya tengah hari semalam susulan lima laporan polis yang dibuat terhadapnya kerana melakukan provokasi supaya merempuh pagar tempat duduk bagi menyaksikan perarakan sambutan itu, lapor Harian Metro.
Tindakannya menyebabkan orang ramai yang berada berhampirannya merempuh barisan hadapan untuk merebut tempat duduk di Dataran Putrajaya.
Kejadian itu telah menyebabkan beberapa mangsa dilaporkan mengalami kecederaan selepas terjatuh akibat ditolak.
Ketua Polis Kuala Lumpur Fadil Marsus mengesahkan penahanan suspek untuk siasatan lanjut.
“Ya kita telah menahan lelaki berbaju oren ini untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian tampil membantu siasatan. Lelaki berkenaan juga diminta hadir ke IPD Putrajaya bagi membantu siasatan,” katanya.
Terdahulu tular video memaparkan seorang lelaki berbaju oren atau coklat dipercayai membuat provokasi serta merempuh dan menolak orang awam yang sedang menunggu pembukaan pagar tempat duduk sehingga berlaku tolak-menolak dan beberapa individu terjatuh.
Kejadian dipercayai berlaku kira 5 pagi. - FMT

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.