`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, February 22, 2012

Wayang Pengurusan KPF dan mengkhianati majoriti warga peneroka FELDA


Usaha mengagalkan rencana penyenaraian FELDA Global Ventures Holdings (FGVH) yang dilaksanakan golongan minoriti yang berkepentingan peribadi makin menyerlah. Mesyuarat Khas Perwakilan (EGM) Koperasi Permodalan FELDA (KPF) yang dijadualkan esok untuk meluluskan beberapa resolution telah sekali lagi gagal dilaksanakan.
Kali ini, sebuah injuksi interim ex-parte untuk menghalang EGM tesebut telah dikemukakan oleh lima Perwakilan KPF. Mereka didapati terpedaya dengan dakyah ANAK yang diketuai Mazlan Aliman, seorang pemimpin Jawatankuasa Pusat PAS dan juga warga generasi kedua FELDA.

Lapan peneroka mohon perintah halang KPF lupuskan ekuiti Felda Holdings

17/02/2012 5:41pm
KUANTAN 17 Feb. – Lapan anggota Koperasi Permodalan Felda (KPF) hari ini memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi di sini bagi mendapatkan perintah injunksi bagi menghalang koperasi itu daripada membuat sebarang keputusan pada mesyuarat agung luar biasanya (EGM) pada 22 Februari ini.
Ini adalah tindakan ketiga yang diambil terhadap KPF selepas Persatuan Anak-anak Peneroka Kebangsaan (Anak) memohon injunksi bagi menghalang EGM KPF diadakan pada akhir tahun lalu dan 22 Februari ini.
Peguam Mohd Haris Abdullah yang mewakili kumpulan peneroka berkenaan, ketika ditemui pemberita, berkata permohonan injunksi itu adalah bagi menghalang KPF daripada melupuskan sama ada kesemua atau sebahagian daripada ekuiti KPF dalam Felda Holdings Berhad (FHB) kepada Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH).
Antara alasan permohonan adalah cadangan KPF untuk melupuskan ekuiti miliknya dalam FHB dan anak-anak syarikat yang lain bernilai RM3.13 bilion ke FGVH tidak menguntungkan mereka dan pemegang saham KPF.
Satu lagi alasan ialah perwakilan yang akan bermesyuarat pada 22 Februari ini tidak pernah diberi mandat oleh anggota KPF untuk mewakili mereka pada EGM itu nanti. — BERNAMA
**************
Sebagai latar belakang, Mazlan mempunyai cita cita politik menentang arus yang nyata. Beliau pernah bertanding dalam PRU 10 Nov 1999 di DUN Senai, PRU 11 April 2004 DUN Semerah (kedua dua di Johor) dan PRU 12 2008 di Parlimen Bera, dibawah tiket PAS. Usaha ini telah gagal dan jelas masyarakat FELDA tidak menerima politik Mazlan ini, yang selama ini jelas tidak menguntungkan masyarakat FELDA.
Injuksi yang dipohon telah diserahkan kepada KPF:
Injunksi yang dikemukakan bukanlah satu yang baru. Kali pertama, EGM KPF hendak diadakan pada Januari 5 lalu, satu injunksi telah dipohon dan letakkan. Namun ianya terbatal secara automatik apabila EGM tersebut ditunda. Ini kali kedua terhadap perkara yang sama. Mengapakah peguam dan Lembaga Pengarah (BOD) KPF tidak bersungguh-sungguh mengenepikan injunksi kali kedua ini?
Malah, apa yang jelas nampak seperti tiada persediaan untuk melakukannya pun.
Notis Mesyuarat Agung Khas yang bertarikh 10 Februari telah mengatakan pandangan BOD yang membuat keputusan untuk mencadangkan kepada Perwakilan supaya KPF menerima tawaran FELDA untuk membeli saham-saham milik KPF di dalam FELDA Holdings Bhd (FHB) FHB serta 10 anak syarikat milik FHB. Dalam pada itu,cadangan untuk KPF menerima penyenaraian FGVH telah diteliti and dianalisakan oleh Pricewaterhouse. Jika BOD KPF menerima cadangan ini, sudah tentu semua sudut telah diperhalusi oleh penasihat yang dilantik yang terdiri dari bank pelaburan. Ini merangkumi dari perspektif kewangan, maupun perundangan.
Jumlah yang dibelanjakan ini merupakan wang peneroka dan amalan biasa gerak- kerja korporat sebegini, akan sedar betapa banyaknya yuran professional ini.
Kalau dilihat injunksi interim telah melarang KPF untuk melupuskan pegangannya dalam FHB  dan 10 anak syarikatnya kepada FGVH. Bercanggah dengan agenda yang disenaraikan Mesyuarat Agung Khas, FHB serta 10 anak syarikatnya hendak dilupuskan kepada FELDA.
Satu yang menghairankan ialah dipercayai peguam mewakili KPF tidak tampil untuk menjelaskan kepada Hakim yang mengeluarkan perintah injuksi dan hujah mengapa EGM KPF yang dijadualkan esok tidak boleh diteruskan. Paling penting ialah mengapakah peguam dan BOD KPF tiada usaha bersungguh-sungguh untuk menolak injunksi ini memandang Lembaga FELDA sudahpun membuat keputusan untuk mengambil bahagian dalam penyenaraian FGVH dan melupuskan asset FELDA?
Adakah ini satu sandiwara yang dimainkan oleh individu-individu berkepentingan peribadi untuk ber’sandiwara’ menyokong, tetapi sebenarnya menentang.
Difahamkan yang BOD KPF telah bersidang pagi tadi untuk membatalkan EGM kerana injunksi tersebut. Adakah ini dirancangkan diadakan pada saat saat akhir dengan tujuan untuk membatalkan EGM?
Satu yang diperhatikan ialah sejurus selepas BOD KPF membuat keputusan mengenai pembatalan EGM besok, berita mengenainya amat pantas tersiar dalam Harakah online. Apakah ada anasir anasir pihak dalaman KPF sebenarnya bersekongkol sebagai agen Pembangkang dan secara langsung, mengkhianati kepentingan strategik majoriti warga peneroka FELDA?
Ini kenyataan Presiden ANAK Mazlan Aliman yang disiarkan dalam Harakah online:

EGM KPF batal, kemenangan warga Felda

Mazlan Aliman,21 Feb 2012
Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan(ANAK) mengucapkan setinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT ekoran keputusan Lembaga Pengarah Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad(KPF) yang membatalkan Mesyuarat Agung Khas KPF yang bakal diadakan esok. Sambil mengucapkan tahniah atas keputusan tersebut, ANAK sekali lagi mengulangi desakan agar YAB Perdana Menteri membatalkan hasrat penyenaraian Felda Global Ventures Holding (FGVH) ke Bursa Malaysia.
Kehadiran Tan Sri Isa Samad sebagai Pengerusi Felda telah menggugat keharmonian kehidupan 1.6 juta warga Felda dengan pelbagai pendekatan yang merugikan. Tindakannya memberi amaran kepada kakitangan Felda jika menyokong pembangkang, memperalat Jabatan Seranta Felda, ‘berperang dengan Ketua Peneroka Felda Kebangsaan (Shamsudin Othman)’ dan mendalangi usaha penyenaraian FGVH telah menghuru-harakan Felda.
ANAK dengan ini mempertegaskan agar Tan Sri Isa Samad meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Felda serta merta. Tumpukan perhatian sebagai Adun Bagan Pinang manakala rumahtangga Felda biarlah diserah kepada mereka yang berwibawa kerana terdapat 10 ribu anak-anak Felda yang mempunyai latar belakang pendidikan dan kerjaya yang boleh mengambilalih tempat beliau. Jika beliau enggan, Perdana Menteri wajar memecat beliau segera. Mempertahankan Isa Samad adalah suatu kesilapan besar yang menjauhkan hubungan warga Felda dengan kerajaan.
Menolak penyenaraian FGVH bukan bererti kita menolak gagasan mengangkat ekonomi Felda atau ‘mengantarabangsakan’ Felda di peta dunia. Proses penambahbaikan ke atas Felda telah dilakukan. Penstrukturan terhadap Felda Holding, Felda Plantation dan pengukuhan KPF juga sedang dibuat. Pandangan kritis ANAK dalam isu Generasi Baru Felda, penyelenggaran kebun peneroka, Kos Tanam Semula, kecelaruan Kadar Perahan Gred dan lain-lain sedang ditangani oleh Felda meskipun sebahagiannya di bawa ke Mahkamah.
Kembalikan ketenangan dan kedamaian di Felda. Tan Sri Isa Samad, Datuk Sabri Ahmad dan  Datuk Eshanudin Mohd Noor sila keluar dari Felda. ANAK mahu dikembalikan semula Datuk Zulkefly Abd Wahab dan Abidin Abd Rahman ke jawatan mereka sebagai Pengarah Besar Felda dan Timbalan Pengarah Besar Felda. Moga perkembangan Felda berterusan dan ANAK bertindak sebagai check dan balance bagi mempastikan Felda berada di landasan yang betul sebagaimana diasaskan Allahyarham  Tun Abd Razak.
Mazlan Aliman,
Presiden ANAK
21 Februari 2012
***************
Perancangan untuk menyenaraikan FGVH dalam Bursa Malaysia Mei ini dan menggunakan KPF sebagai pemegang saham terbesar dalam IPO syarikat yang berasaskan perladangan bernilai RM 21 billion ini merupakan satu usaha Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak untuk memartabatkan keududukan ekonomi warga peneroka FELDA secara strategik. Potensi FGVH amatlah besar (dianggarkan akan mencapai jualan yang diaggregatkan sebanyak RM 30 billion) dan 112,635 peneroka FELDA melalui pegangan mereka dalam KPF akan menjamin pendapatan mereka akan terus berada dalam kedudukan yang baik.
Apa yang berlaku ialah kegagalan penyenaraian FGVH menggunakan KPF bukan sahaja akan menjejaskan 112,635 peneroka FELDA, tetapi 108,00 ahli KPF lain yang terdiri dari warga masyarakat dan kakitangan FELDA. Kalau itu memang perancangan sebenarnya, maka mereka telah mencapai matlamat. Yang gigit jari dan mungkin berputih mata adalah majoriti golongan peneroka dan juga kakitangan FELDA yang mengharapkan pendapatan dari pulangan strategik mereka melalui KPF.
Difahamkan besok Pengerusi Lembaga FELDA Tan Sri Isa Samad, merangkap Pengerusi FELDA Global Ventures (FGV), akan mengadakan pertemuan dengan sejumlah besar Perwakilan KPF yang telahpun berada sekitar Kuala Lumpur bagi tujuan EGM sebagaimana yang dirancang untuk esok. Satu sidang media akan dipanggil dimana dijangkakan satu pengumuman penting mengenai program penyenaraian FGVH akan dibuat.
Secara rumusannya, penyenaraian FGVH sebagaimana yang dirancang dan persetujui oleh Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak Mei ini akan terus berlaku, walaupun terdapat halangan seperti ‘Musuh Dalam Selimut’ ini. Sekiranya ada pihak yang rasa ‘putih mata’, maka jelas siapa yang mengkhianati mereka.

- bigdogdotcom

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.