`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, March 27, 2012

Mentalqinkan UMNO



Mari talqinkan UMNO.

Ianya bukan apa apa. UMNO sudah sampai masa tamat nya. Bila dah tiba maut, kita tak boleh melambat atau menyegerakan kan walaupun se saat. Rakyat sudah lemas dan meluat dengan UMNO. Untung nya, UMNO tidak boleh melakukan apa apa untuk menyelamatkan diri nya. Setiap hari UMNO menunjukkan lemas nya.

Najib berkata kepada rakyat jangan melakukan kesilapan sekali lagi. Amat benar- jangan melakukan kesilapan dengan memberi lesen kepada pimpinan UMNO untuk merompak dan melanun negara ini. Pada kadar kerajaan UMNO memberi kontrak dan pinjaman dengan kadar rendah, seolah olah nya, kerajaan pimpinan UMNO memerah rakyat. Negara akan bengkrap.

Lebih mendukacitakan- Najib menunjukkan sifat UMNO yang bongkak. UMNO merasakan dia lah sahaja Melayu nya. Dia lah sahaja yang pandai mengurus negara. Dia lah sahaja yang melindungi orang Melayu. Dia lah sahaja yang boleh beri masa depan kepada orang Melayu dan Malaysia.

Bagaimana UMNO boleh memberi kita suatu masa depan yang cerah, jika ia telah menyebabkan suatu sejarah yang muram dan masa kini yang kacau? Ternyata Najib tidak menghormati pilihan rakyat. Ternyata Najib bukan seorang democrat tapi seorang closet feudalist yang despotik.

Kenapa? kerana yang Najib kata buat silap itu merupakan 51% dari undi popular di Semenajung Malaysia. Siapa Najib untuk berkata 51% dari pengundi popular telah silap kerana menyokong Pakatan Rakyat? Penyokong UMNO dan BN hanya merupakan 49% peratus dari pengundi popular. Yang menyelamatkan UMNO dan yang membolehkan Najib jadi PM, ialah persempadanan kawasan mengundi. Kalau tidak ada pembohongan dan ‘arrangement’ macam ini, UMNO yang melakukan kesilapan demi kesilapan keatas rakyat Malaysia sudah lama bungkem!.

Apa punca kesombongan UMNO yang paling besar? Ada 2 punca nya.

Pertama UMNO menyifatkan diri nya penaung dan orang Melayu merka yang UMNO naungi. UMNO patron dan Melayu budak budak. Ini bertentangan dengan piagam manusia yang merdeka- bahawa penentu nasib dan masa depan individu ialah diri mereka sendiri. Dengan sikap sombong UMNO menerapkan jiwa hamba keatas orang Melayu.

Kedua nya- UMNO menganggap diri nya sesuatu yang mesti di sembah dan rakyat ialah budak2 hamba sahaya mereka. Sekali lagi ini bersalahan dengan piagam manusia yang merdeka- yang menyifatkan kerajaan hanya suatu wadah yang melalui nya, rakyat mencapai pelbagai matlamat kepentingan masyarakat. Kerajaan bukan sesuatu yang menekan dan menindas rakyat.

Jadi apa yang rakyat dan bangsa Melayu hilang dengan menolak UMNO? Merka hanya akan menghilangkan rantai dan pasung yang selama ini memenjarai jiwa mereka.

Nasib baik yang menyebelahi kita ialah kerana UMNO bodoh. Kalau UMNO cerdik, pakatan rakyat yang jadi jurubicara rakyat akan susah. Jadi kita tepuk bila Najib kata pembangkang auta. Kita tepuk bila Najib tidak hormat 51% pengundi popular. Kita tepuk bila Najib cakap merapu dan kata Anwar tidak layak jadi PM. Tapi kita jangan lupa, kedua dua PM dan TPM sekarang adalah pengikut orang yang hari ini di katakana tidak layak jadi PM.

Reality nya- jika Najib boleh jadi PM, maka sesiapa sahaja ada peluang jadi PM. If Najib can become PM, anyone can too.

Najib dan UMNO tidak tahu lagi menangani keadaan. Mereka bercelaru. UMNO dan BN ingat semua ini is about Anwar. Sebab itu mereka attack Anwar dengan cara lama- Izam Mat Nor, Nallakarupan, Umi Hafilda, Hassan Ali, Zulkifli Nordin di perkudakan untuk menyerang Anwar.

Sebetulnya kita suka- sebab kebodohan UMNO, akhirnya UMNO akan sedar bahawa penolakan rakyat kepada UMNO bukan disebabkan oleh Anwar Ibrahim. Ianya adalah kerana UMNO sudah sampai masa untuk kita takqinkan.

Posted by sakmongkol AK47 

1 comment:

  1. Amat bersetuju sekali dgn artikel ini berhubung pemerintah begitu 'out-of-touch' dengan kehendak dan keperluan harian kita rakyat komonar ini. Jelas masih di awang-awangan akibat terlalu dibuai kenikmatan hidup di dunia walaupaun dengan kejutan 2008.

    Seperti yang kita nampak sedikit demi sedikit bermula 20 tahun yang lalu kebanyakan sumber kemewahan yang dijoli sakan oleh suku sakat pemerintah ini datangnya dari punca yang amat 'questionable'. Lalai dan memabukkan, sesat lagi menyesatkan, hati yang hitam akan terus keras menjadi batu jika pemimpin sedia ada terus bergelumang dalam hasil yang berpunca dari yang tidak halal. Contohnya how do you otherwise explain betapa blatant kelakuan dan tebalnya hati disulami perasaan lansung tidak bersalah tanpa was-was bagi individu-individu yang terlibat di dalam episod NFC etc. Dari bapak turun ke anak dari anak turun ke cucu - there is no end. Lansung tidak ada lagi a sense of black or white right or wrong.

    Bila dibaca artikel ini bersama cerita Napolean dan French Revolution oleh RPK jelas sekali apa yang seharusnya kita lakukan demi negara kita yang tercinta ini.

    Peralihan kuasa dari parti pemerintah kepada parti baru berkemungkinan besar tidak akan berlaku dengan lancar, berhemah dan terhormat. Kumpulan yang telah sekian lama gemuk akibat cholesteral keangkuhan tiba-tiba hilang kuasa setelah berada nun jauh di atas awan lebih 50 tahun sudah pasti tidak akan berdiam diri dan menerima kekalahan 'sitting down'. Yang jadikan kita ni was-was yang bakal mengambil alih ni pula setakat ini belum lagi menampakkan tokoh dan keikhlasan untuk memerintah - pemerintah sedia ada gemuk (dan dah tentu malas), dan yang baru pula lapar tak sabar nak membaham. Entahlah, mungkin ini adalah pengorbanan yang kita perlu lalui -'take a couple of step backwards in order to move forward'.

    Yang menjadi persoalannya sekarang - adakah ramai di antara rakyat komonar kita ni sependapat dan kini bersedia utk menerima perubahan...

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.