`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, March 1, 2013

CABUTAN BERTUAH ATAU CABUTAN BARUA?





Saudara Pengarang,
SEBAGAI ahli Sabah Medical Recreation Club (SMRC), saya merasa kecewa tapi LUCU dengan apa yang berlaku terhadap kami sebagai mangsa yang tertipu kerana janji hanya tinggal jani.

Tiket tersebut sepatutnya dicabut pada 09 Jun 2012 tetapi ditangguh sehingga 28 Julai 2012. Namun tidak juga dilaksanakan. Malah ditangguh lagi sehingga 31 Disember 2012. Penat dan bosan serta MUAK kami menunggu, tiba-tiba cabutan sekali lagi ditangguh ke 15 Februari 2013 dan pihak urusetia SMRC berjanji akan memulangkan wang kami pada 01 Mac 2013 jika cabutan tidak dapat dilaksanakan.
Apa yang menjadi tanda tanya, bolehkah cabutan ini ditangguh sebegitu lama tanpa sebarang kelulusan daripada pihak tertentu? Kami syaki terdapat unsur-unsur penipuan/penyelewengan kerana alasan-alasan penangguhan yang berlaku serta kami sendiri tidak pernah melihat hadiah-hadiah yang ditawarkan dalam tiket bertuah tersebut.

Alangkah untungnya pihak yang telah mengambil wang hasil daripada jualan tiket tersebut, tetapi kami yang menjadi mangsa merasa amat tertipu. Mohon mana-mana pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan bagi keadilan kepada semua ahli SMRC.

Salam Hormat,

AKU MURKAH

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.