Saturday, March 23, 2013
Inikah wajah Datu Amir Baha@Datuk Bahang Jeneral Perang dan Menteri Pertahanan Sulu yang ditangkap?
Tahniah dan syabas kepada anggota keselamatan kita baik PDRM mahupun ATM atas kejayaan mereka menangkap hidup-hidup perancang utama pengganas Sulu di Semporna dan Lahad Datu pada pagi ini.
Tertangkapnya Datu Amir Baha@Datuk Bahang yang dianggap seorang Jeneral Perang dan Menteri Pertahanan Sulu kononnya, akan memudahkan lagi kerja-kerja pembersihan yang dilakukan bagi menjamin keselamatan dan kedaulatan negara ini.
Inilah wajah pengganas yang mahu berunding dengan pihak Malaysia tempohari dan menjanjikan tidak akan berlaku keganasan, berbincang cara baik dan berjanji akan meletakkan senjata mereka. Namun rupa-rupanya mulut manis mereka menyebabkan nyawa anggota keselamatan kita melayang.
-sumber : FB
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.