`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, March 8, 2013

PANAS! Boleh Percaya Ke Saiful Ni Lagi?



Saiful Bukhari Azlan mendakwa bapanya, yang pagi tadi mendedahkan anaknya telah dipergunakan oleh pembantu khas pemimpin kanan negara untuk membawa kes liwat kedua ke atas Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, "diperguna" oleh pihak-pihak tertentu.
Berdasarkan maklumat SMS Media Umno sebentar tadi, Saiful antara lain berkata, "berikutan kenyataan bapa Saiful yang mohon maaf pada Anwar isu liwat, ini reaksi Saiful - bapa saya diperguna."
Sehubungan itu Saiful berkata, dia tetap istiqamah dan "tak (sama) sekali  berganjak."
"Tengah fikir tindakan balas selanjutnya.Saya tak mahu melatah," kata beliau dipetik berkata.
Reaksi secara langsung daripada Saiful masih belum diperoleh.
Bagaimanapun peguam Saiful ketika dihubungi antara lain berkata, pihaknya akan mengeluarkan kenyataan dalam waktu terdekat.
Saiful dikatakan terdesak membuktikan apa yang dijelaskan bapanya sendiri dalam sidang media khas pagi tadi adalah palsu.
Pencacai Umno terutamanya blogger upahan mereka kini giat memerah otak mencari isu sesuai untuk membalas pengakuan Azlan Mohd Lazim yang ditemani peguam tanpa sebarang paksaan.


Papagomo antaranya menuduh Anwar sudah 'membeli' bapa Saiful sambil mencarut dalam tweetnya sejurus mengetahui sidang media tersebut.
Dakwanya, dia telah memberi amaran kepada pemimpin Umno bahawa kononnya Anwar 'membeli' bapa Saiful sebagai mengalih perhatian terhadap serangan mereka terhadap Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua yang juga difitnah blogger mereka.
Bagaimanapun, kesemua dakwaan Papagomo langsung tidak disertakan sebarang bukti bagi menyokong 'faktanya' membuatkan dia kembali diserang bertalu-talu pengikut Pakatan Rakyat di Twitter.
Apa sekalipun usaha yang dijalankan Umno untuk melawan penjelasan bapa Saiful tidak memberi sebarang makna kerana bekas Pendakwaraya yang mendakwa Anwar dalam fitnah Liwat II, Yusof Zainal Abiden kini telah bersama Pakatan Rakyat.
- Jalan Pulang

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.