`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, March 8, 2013

PPS ANJUR SOLAT HAJAT LINDUNGI PERAJURIT NEGARA


SOLAT HAJAT....Jeffry bersalaman dengan sebahagian para jemaah yang turut serta bersolat hajat di salah sebuah Masjid di Semporna.

Oleh : SHAIMON S JUMADI
TAWAU : Umat Islam di seluruh negeri Sabah diajak mengadakan Solat Hajat di seluruh Masjid dan Surau memohon doa kepada Allah supaya melindungi kepada para perajurit dan anggota keselamatan yang kini sedang berjuang dan berdepan dengan pengganas yang menceroboh Lahad Datu, Kunak dan Semporna agar mereka dilindungi dalam keadaan selamat.

Presiden Pertubuhan Pribumis Sabah (PPS), Dato Seri Mohd Jeffry Rosman berkata demikian kepada Sabahini.Net sejurus selepas mengadakan Solah Hajat berjemaah disalah sebuah Masjid di Sempornadekat sini malam tadi.
Kata Jeffry perjuangan dan pengorbanan Angkatan Tentera kita termasuk Anggota PDRM yang menjaga dan mengawal keselamatan di perbatasan seperti di Lahad Datu tidak ternilai nyawa mereka semata-mata untuk menjaga kedautalan negara ini daripada terus diceroboh oleh para petualang yang kononnya ingin menuntut Sabah.

“Saya menyeru ahli-ahli PPS di seluruh daerah antaranya PPS Cawangan Sandakan, Tawau, Kota Kinabalu, Lahad Datu, Keningau, dan Ranau agar mengadakan solat Hajat untuk mendoakan dan memohon kepada Allah untuk melindungi semua perajut dan pasukan Polis yang berada di Lahad Datu, Kunak dan Semporna dalam keadaan selamat," ujarnya.

Diminta mengulas kenyataan Presiden USCO yang tersiar di Sabahkini.Net pada 17 Mac 2013 bertajuk'Kiram III Wajar Panggil Balik Pengganas'; Jeffry amat menyokong kenyataan tersebut dan menyifatkan keberanian Bentan membuat teguran tersebuut untuk membersihkan nama kaum suluk yang ada di negeri Sabah yang tidak bersetuju dengan kejahilan Jamalul yang sia-sia itu.
Jeffry menambah, PPS di seluruh Sabah akan mengadakan kutipan derma kepada ahli-ahli PPS untuk tabung Wira bagi membantu balu-balu di mana suami mereka terkorban dalam serang hendap dengan para penceroboh baru-baru ini untuk meringankan sedikit beban yang ditanggung.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.