`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, March 16, 2013

`Rakyat bersama saya’


Tokoh politik dan bolasepak Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim yakin rakyat bersamanya bagi menghadapi Persatuan Bolasepak Malaysia.
PETALING JAYA: Walaupun digantung dan didenda, Datuk Seri Shahidan Kassim terus mengecam Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang didakwa zalim terhadapnya.
Kali ini beliau mengajak rakyat menyokongnya untuk berdepan dengan FAM khususnya Setiausaha Agung,  Datuk Azzuddin Ahmad dan Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib,  Datuk Taufik Abdul Razak.
Bagaimanapun bekas Presiden Persatuan Bolasepak Perlis (PFA) itu tidak menjadikan Presiden FAM, Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah sebagai sasaran.
“Presiden FAM ok kerana dia baik dengan saya,” katanya lagi sambil tersenyum.
FAM menggantung pemimpin bermulut lantang itu selama dua tahun setengah serta didenda RM39, 000 kerana mengkritik badan induk bola sepak negara.
Shahidan yang juga bekas Menteri Besar Perlis juga meminta penaja mengkaji semula tajaan mereka kepada FAM.
`Jawatan saya disamun’
“Saya juga meminta Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabbery Cheek campur tangan terhadap FAM.
“Manakala saya akan berdoa dan solat hajat…saya yakin seluruh rakyat akan bersama dan menyokong saya.
“Saya menggesa rakyat memilih pemimpin (FAM yang boleh ditegur. FAM zalim kepada saya…jawatan saya disamun,” katanya.
Akibat tindakan FAM itu, Shahidan terpaksa melepaskan jawatan Persiden PFA sejak sekian lama. Beliau kini hanya Penasihat PFA.
Bagaimanapun, beliau mensasarkan hanya dua pemimpin tinggi FAM iaitu Azzuddin dan Taufik.
“Sultan Pahang (Presiden FAM) ok kerana dia baik dengan saya,” katanya lagi sambil tersenyum.
“Saya tidak kacau orang, tidak ambil harta orang tetapi mereka (FAM) yang kacau saya.
“Saya minta FAM kembalikan wang saya kerana saya nak beri kepada anak-anak yatim,” katanya.
Shahidan berkata, tindakan FAM menghukum itu menyebabkan hanya orang kaya yang boleh menjadi pemimpin persatuan bola sepak.
Tetapi katanya, mereka mesti bersedia menghadapi hukuman dari FAM.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.