Saudara Pengarang,
BILAKAH agaknya berakhir cerita politik yang masih lagi kedengaran di kedai kopi, warung-warung di tepi jalan dan juga di majlis tertentu di kampung seperti perkahwinan dan sebagainya?
Saya terasa amat bosan kerana para penyokong Barisan Nasional (BN) kelihatan begitu seronok setelah kuda mereka memenagi PRU-13 dan yang paling menyakitkan hati mereka memperli penyokong yang calon yang tewas. Itukah acuan BN?
Bagi saya, politik hanya berfungsi aktif dalam masa dua minggu setelah SPR mengumumkan nama-nama calon; maka bermulalah kempen di kampung yang dilakukan oleh setiap pemimpin yang bertujuan merayu undi.
Setelah hari mengundi tiba, maka rakyat telah membuat satu keputusan dengan hanya memilih dan memberi kemangan kepada hanya seorang saja calon; manakakala yang lain itu pastinya mendapat gelaran kalah.
Inilah hakikatnya dipanggil pertandingan. Justeru itu, pihak mendapat mandat dari rakyat itu janganlah pula membuat ejekan kepada yang kalah; sebaliknya tiba masa buat kerja dan yang kalah itu membantu memantau betul atau sebaliknya kerja yang dilaksanakan oleh pihak ketiga (kontraktor yang dilantik) oleh wakil rakyat berkenaan.
Kemenangan seorang bergelar YB bukan menjadi senjata penyokong yang masih kurang arif berpolitik untuk menekan rakyat di kawasan yang menyokong pembangkang pada PRU 13.
Keadaan ini sudah berlaku sebenarnya, namun mungkin perkara ini masih di luar pengetahuan Wakil Rakyat atau para pegawai kanan masing-masing.
Salam Hormat,
HAJI WAHAB TIMPAI.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.