`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!





Friday, May 31, 2013

PEMEGANG IM13 PERLU KELULUSAN IMIGRESEN



KOTA KINABALU: Masih ramai dari kalangan pemegang dokumen pengenalan IM13 tidak mengetahui mereka perlu memohon kelulusan daripada Jabatan Imigresen sebelum keluar daripada negeri ini.
Pengarah Imigresen Negeri, Noor Alam Khan Wahid Khan berkata kelulusan berkenaan hanya diperolehi jika pihak berkenaan mendapat surat kebenaran daripada pihak majikan.
Menurutnya, walaupun isu ini belum mencapai tahap serius, tetapi ia perlu diambil perhatian khususnya para pekerja asing.
“Ini kerana dokumen yang mereka miliki itu hanya sah di Sabah dan jika keluar tanpa kelulusan, mereka boleh ditahan oleh pihak berkuasa di negeri lain.
“Ramai yang berdepan dengan masalah ini dan terpaksa membatalkan niat untuk bercuti atau melawat saudara di negeri lain ekoran tidak mempunyai surat kelulusan daripada pihak imigresen,” katanya pada sidang media di sini kelmarin.
Beliau berkata, peraturan terbabit hanya melibatkan pemegang IM13 dan pasport sahaja dan ia tidak melibatkan pegawai dagang.
Tambahnya, permohonan perlu dikemukakan sekurang-kurangnya seminggu sebelum tarikh penerbangan.
Noor Alam berkata, jangka masa maksimum yang diberikan untuk pekerja asing keluar daripada Sabah selepas diluluskan imigresen adalah selama 30 hari.
“Kebenaran daripada majikan bagi mengelakkan pekerja mereka melarikan diri atau mencari pekerjaan lain di Semenanjung atau Sarawak.
“Kebanyakan permohonan yang kita terima adalah bertujuan melawat saudara-mara di negeri lain ataupun bercuti,” katanya. (UB)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.