`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, May 31, 2013

PUSAT JUDI EKSKLUSIF DI TENOM?



Saudara Pengarang,
SAYA pernah mengirim satu aduan kepada pihak Sabahkini.net pada 19 April 2013 mengenai pusat judi yang dibuka di daerah Tenom. Setelah tersiar, tempat itu terpaksa ditutup sementara.

Tetapi selepas beberapa hari sahaja, pusat berkenaan dibuka semula sehingga kini. Kumpulan Judi tersebut sudah pastinya mempunyai rangkaian 'Kelas Eksekutif' dengan Kumpulan Elit D7 Sabah kerana jika tidak, sudah pasti polis akan melakukan serbuan segera sebaik sahaja menerima berpuluh aduan orang ramai; malah boleh dicium 'kentut' mereka daripada Balai Polis Tenom.
Lebih meyakinkan saya bahawa mereka mempunyai 'Taiko' kerana Kumpulan Judi ini menubuhkan satu lagi Pusat Judi Baru (Cawangan 2) di Tingkat 1, Lot 73, Jalan Tun Mustapha, Tenom. Maksud saya mereka menjalankan perniagaan judi di dua premis sekaligus.

Saya berharap semoga Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meninggalkan bilik hawa dingin untuk datang melihat 'adab sopan' polis Tenom yang begitu prihatin terhadap para Taukeh Judi dan penjudi.

Agak malang bagi PDRM kerana Polis Tenom secara terbuka dan tanpa segan silu berbual dengan ahli kumpulan itu di kedai kumpulan sambil memungut 'habuan' secara terbuka.

Salam Hormat,

MIKEAL MANKING

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.