`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, May 30, 2013

Mukhriz, sambil2 hang dok makan angin kat London kot guna duit rakyat tuu.. elok baca catatan ni


Oleh Muhammad Sanusi Md Noor

Ustaz Azizan dalam Tindakan dan Langkahnya: Sandaran dan Rujukan

Ustaz Azizan di awal perlantikan sebagai Menteri Besar dikecam oleh sebahagian ahli PAS dan UMNO kerana menggunakan kereta rasmi (Mercedes Benz KBV 8) dan polis (out rider dan pengawal). Dia memakai long suit, bersongkok (ganti ketayap putih) dan tali leher ke pejabat dan urusan rasmi. Ini mengejutkan sebahagian ahli PAS, tertutama yang mengkagumi Ahmadinejad (Presiden Iran yang tidak bertali leher) dan sesetengah ahli yang hanya mengenalinya sebagai Ustaz, yang harus berserban, berjubah, memakai kereta lamanya dan menjauhi semua kebesaran sebagai pemimpin sebuah kerajaan.

Alasannya kuat dan pantas. Ustaz Azizan menghuraikannya seperti ini. Aku memakai ijtihad yang dibuat oleh Muawiyah sewaktu menakluki Mesir dan dilantik menjadi Gabenor di sana. Inilah yang diharuskan dalam ilmu siasah syariyyah, meneruskan amalan kebiasaan yang sudah dikenali dalam sesebuah masyarakat yang tidak bertentangan dengan syarak. Ketika menjawab pertanyaan khalifah Syaidina Umar r.a berkaitan aduan rakyat terhadap corak kehidupan dan kediamannya di istana milik bekas pemerintah Rom. Muawiyah menjawab: Aku menakluki sebuah wilayah jajahan Rom dan masih bersempadan dengan mereka. Mereka mengenali sebuah kerajaan dan pemimpin dengan kehebatan dan kebesaran seperti ini. Dengan inilah kerajaan dihormati dan dipatuhi dalam masyarakat dan budaya di sini. Aku tidak boleh tergesa-gesa mengubah apa yang telah mereka kenali sejak ratusan tahun dulu sekelip mata.


Jelas Ustaz pada satu ketika, Rasulullah ketika menjalani kehidupan di Madinah pernah menaikkan Syadatina Aisyah r.a ke atas bahunya untuk menyaksikan satu pertandingan kebudayaan orang Madinah. Walaupun ia asing dan ganjil bagi masyarakat Mekah, Rasulullah tidak melarangnya, malah turut menyaksikannya. Inilah sandaran yang terpakai dalam ilmu dan disiplin siasah syariyyah.

Walaupun apa yang aku buat ini asing dan ganjil bagi ahli dan penyokong PAS, tetapi Rakyat Kedah sejak sekian lama mengenali kerajaan dalam bentuk ini. Ada lebih 1.8 juta penduduk Kedah, berparti PAS, UMNO dan tidak berparti, Islam dan bukan Islam, Melayu Cina, India dan Siam, aku mengambil jalan ini untuk menjadi Menteri Besar kepada seluruh rakyat Kedah. Aku percaya, satu hari nanti, orang kita (PAS) akan memahaminya.

Dia juga dihentam teruk kerana memakai pakaian rasmi jamuan beradat (mess kit) sewaktu jamuan hari polis di Dewan Wawasan. Dia tampil tanpa songkok (sesuatu yang asing bagi dirinya dan ahli PAS). Sesuatu yang tidak dikatahui, Ustaz Azizan telah mengubah ciri-ciri mess kit dengan membuang bow sebagai sebahagian kelengkapannya, dan menggantikannya dengan leher 'cekak musang'. Walaupun mendapat kritikan dan rasa tak puas hati para pegawai protokol, kerana pakaian istiadat ini telah digunakan berpuluh tahun, Ustaz Azizan telah mengadap dan memohon perkenan KDYMM Sultan Kedah untuk mengizinkan perubahan itu. Katanya: Patik bukan sahaja memimpin negeri ini, patik juga ketua PAS Kedah. Dalam pandangan sebahagian para ulama', bow tidak dibolehkan, tidak seperti tali leher. Patik mohon Tuanku mengizinkan perubahan ini kerana ahli-ahli PAS akan mengecam para pemimpin jika patik turut memakainya. Perubahan itu kekal sehingga hari ini. (Jika kerajaan baru BN mengubahnya ke bentuk asal, saya belum mengetahuinya).

Berjimat cermat.

Menjadi amalan dan berdasarkan kelayakan pimpinan negeri menaiki pesawat kelas perniagaan ke Kuala Lumpur atau ke mana-mana majlis rasmi dan tidak rasmi. Beberapa pemimpin lain menunjukkan teladan dengan menaiki pesawat kelas ekonomi dan pesawat tambang murah. Pergerakan pemimpin negeri biasanya diiringi beberapa pegawai dan pengawal.
Ustaz Azizan lain caranya. "Cuba hang kira kos perjalanan ke Kuala Lumpur dengan kapal terbang, banding dengan kereta" katanya. Dia sendiri yang mengambil pen dan menulis di kertas. "Berapa harga tiket bisness class ke KL?" RM 444.00 Ustaz! Mana hang tau? Saya tengok di internet. Ekonomi class? RM240 ustaz.

Kalau kita pi 3 orang, aku bisness class, hang N54, bisness class juga. Tapi katakan hang dan sorang lagi kelas ekonomi, dah brapa? RM 444 + RM240 + RM240, dah jadi RM924.00. Dari airport ke KL? Katakan seorang RM30 dah jadi RM1,014. Pi dan balik dah jadi RM2,028 sekali perjalanan. Kalau 4 kali sebulan dan jadi RM8,112.00.

Dulu-dulu, MB terbang kot atas, kereta dua tiga biji menjalar kot bawah. Sampai sana, mesyuarat sana sini, kena pi naik kereta jugak.

Kalau pi dengan kereta, minyak pi balik katakan RM250, tol RM120, baru RM370. Kalau 2 buah kereta, baru RM740.00. 4 kali pi baru habih RM2,960. Kita jimat RM5,152 duit rakyat.

Hotel? Kalau sebilik RM300.00, 3 bilik sudah RM900.00. Kalau pegawai yang booking ikut kelayakan pegawai kerajaan, Aku tentu bilik suite, hang pun sama, dah berapa ribu? Kalau suite semalam RM1000 untuk MB, bilik lain RM300, kena dua malam dah jadi RM3,200. Kalau kita ramai, lagi mahai. Kalau sebulan 4 kali kita pi, dah RM12,800 untuk hotel saja. Sebab tu aku suruh Kedah Invest sewa kondominium di Jalan Tun Razak. Sebulan RM4 ribu, boleh duduk ramai-ramai, berapa malam pun tak pa. Kita jimat RM8,800 untuk penginapan.

Maka, sepanjang 5 tahun Ustaz Azizan menaiki kereta jika ke Kuala Lumpur bersama sebuah kereta pegawai pengiring. Hanya 3 kali dia menaiki pesawat, itupun kerana dia membuat perjalanan dari Langkawi. Dia sering tidur malam dalam kereta, kerana terpaksa membuat perjalanan lebih awal dengan kereta. Ada kala kami mendiami kondominium itu 7 orang, sebahagiannya tidur di ruang tamu depan TV. Ustaz Azizan tidur di sofa panjang.

Itulah sebahagian jimat cermat wang rakyat yang dipraktikkan oleh seorang MB daripada PAS, selama 5 tahun pentadbirannya. Walaupun dengan kereta dia menjadi kurang rehat dengan masa perjalanan yang lebih panjang, badannya keletihan, dia sanggup menjauhi keselesaan yang dibolehkan mengikut kelayakannya. Berbelas ribu (purata RM13,000 sebulan) duit rakyat berjaya dijimatkan dengan langkah dan pengorbanannya. Sayangnya, pengorbanan jenis ini jarang orang menilainya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.