`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, May 31, 2013

Mana Wang Zakat Kami Wahai Barisan Nasional..

Mana?


Oke. Jangan tanya pasal MANA dulu. Sekarang aku citer dulu kenapa persoalan di atas timbul. Lihat berita kat bawah neh sat ;

Bayi lima bulan, Muhammad Asyraf Zaili yang menghidap penyakit Hipolglisemia masih memerlukan RM200,000 untuk kos rawatannya di luar negara.

Bapanya, Zaili Dollah, 47, berkata, sejak kisah anaknya disiarkan media, jumlah bantuan yang berjaya dikumpulkan setakat ini adalah RM62,000.

“Doktor memaklumkan anak kami perlu dibawa ke luar negara untuk rawatan pada 16 Jun ini, namun wang yang kami perlukan masih tidak cukup.

“Kami masih mengharapkan keprihatinan orang ramai menghulukan sumbangan bagi membantu anak kami pulih,” katanya.

Zaili berkata, sekiranya jumlah wang masih tidak cukup, dia dan isteri, Rasidah Ardani, 41, terpaksa mencari alternatif lain.

“Kami mungkin terpaksa menjual apa sahaja yang kami ada untuk menampung kos terbabit,” katanya.

Sinar Harian pada 16 Mei lalu menyiarkan kisah Muhammad Asyraf yang memerlukan kos RM250,000 untuk menjalani rawatan yang hanya boleh dilakukan di luar negara.

Muhammad Asyraf menghidap penyakit kekurangan gula dalam darah atau Hipolglisemia sejak lahir dan kini di tahap kritikal.

Orang ramai yang ingin membantu boleh memasukkan sumbangan ke dalam akaun Maybank Rasidah Ardani bernombor 156141307260 atau menghubungi mereka di talian 0199321566 atau 0199882647.

Kali neh aku bagi punca dan kaedah. Kalau la ada sesiapa kat sini ialah UMNO, BN dan Pusat Zakat tolong take note. Bawa la idea2 neh kat sesiapa sekalipun yang korang yakin boleh bantu laksanakan ia.

Punca.

Tiap2 tahun aku baca berita. Lihat berita. Aku tengok dan tonton ada banyak jenis pusat zakat negeri umumkan pelbagai kutipan zakat. Mereka annoucekan jumlah zakat. Banyak. Maksudnya tiap2 tahun mereka sebenarnya berjaya dapat banyak duit zakat. Melihatkan kepada angkanya aku terfikir, eh kutipan zakat bertambah tiap tahun, orang islam still ada yang merempat gak, kenapa?

Aku tertanya. Aku berfikir. Ini tak betul. Aku pernah terbaca kisah pemerintahan Umar. Kutipan zakat ketika dia mentadbir negara juga tinggi. Tapi kenapa sepanjang dia mentadbir negara, dari era orang susah bersepah2 kepada orang susah mustahil untuk dijumpai?

Dia ada amalkan satu sistem. Setiap zakat yang dicukai, harus terus diagihkan kepada pihak yang memerlukan. Tak payah tunggu orang minta, zakat sampai dulu depan pintu rumah.

Oke. AKu minta maaf. Khalifah kita dah takde. Untuk aku mengharapkan orang lain mencontohi sikap khalifah2 agung kita seperti zaman dulu, aku gila. Tak normal. Sakit hotak. Ia mustahil dibuat oleh kebanyakkan pemimpin zaman sekarang. Ada, memang ada, tapi jumlahnya kurang dari 10 jari yang aku miliki neh.

Berbangga. Dengan kutipan yang tinggi ini mereka berbangga canang satu dunia. Aku takde masalah kalau niat mereka nak umumkan kutipan zakat. Tetapi sejauh mana mereka perform, buat kerja, lakukan agihan kepada golongan sasaran, mencari orang susah? 

Aku, tak percaya mereka buat kerja sehinggalah orang susah datang mencari dorang. Itupun aku tak percaya mereka bantu semua orang yang memerlukan. Biokrasi. Takut sangat kena tipu. Antara alasan yang aku sering dengar dari pelbagai pihak. Karenah biokrasi tue aku tak pernah setuju. Sebab tue aku sarankan, ko keluar dan cari orang susah. Bila ko sendiri keluar cari orang susah risiko untuk ko kena tipu pun margin rendah, sebab apa? Sebab ko lakukan siasatan ma. 

Tak betul meh?

Bila ko ada inisiatif untuk keluar dari pejabat selesa tue, automatik ko mengurangkan karenah biokrasi. Dah berapa kali aku nak korang faham. Kita tak boleh berfikir seperti mana keadaan kita. Kalau orang tue dah susah, usah kata motor, silap2 dorang sendiri pun tatau eh pusat zakat ada, rupanya kita boleh mohon bantuan melalui mereka.

Faham tak?

Penyelesaian.

Keluar. Bukan hanya teknologi je dah maju, dah moden, berubah ikut arus, kita sendiri kena ubah cara kita buat kerja. 

Keluar. Keluar cari orang susah. Tak perlu tunggu panggilan. Tak perlu tunggu aduan. Buat satu team. Team melancong cari orang susah. Jalan2. Pergi satu malaysia. Jejak semua tempat. Cari. Fahami. Dengar cerita mereka. Tengok apa jenis kesusahan yang mereka alami. Dengar. Tengok cara mana ko boleh nasihatkan mereka, tengok cara mana ko mampu bantu mereka dengan segala kudrat dan kemampuan yang ko ada.

Buat satu team. Beli semua jenis paper. Tengok kot2 ada rakyat yang mengadu kesusahan ke apa pada hari tersebut. Amek, kaji, analisa dan bantu setakat mana yang patutnya korang bantu.

Ubah. Ubah cara kita buat kerja. Ingatlah, zakat bukan perhiasan dalam bank tue. Takutlah. Semakin dia banyak dan berkembang, semakin ramai orang susah, kita sebenarnya sedang amalkan sistem yang salah. Kalau dia banyak dan berkembang dengan rakyat yang mewah bersepah itu takpe. Ini dia banyak dan berkembang dengan orang susah bersepah, wajar ka?

Audit. Perlu ada audit terbuka untuk semua jenis pusat zakat negeri yang wujud. Harus boleh dicapai oleh wakil rakyat untuk jadi rujukan dan perdebatan dalam dewan parlimen. Rakyat berhak tahu bagaimana mereka menguruskan wang zakat tersebut. Adakah sampai kepada golongan sasaran ataupun wujud unsur2 penyelewengan seperti yang pernah dibuat oleh Jamil Khir yang kemudiannya di halalkan menggunakan nama Islam. 

Ya Allah, Islam bukan alat untuk ko halalkan salah laku. Ya, ko dah ubah dan bersihkan, tapi jangan lupa, ko tak pernah akui kesilapan. Itu tak pernah betul, meskipun ko dah ganti balik duit tersebut.

Sakit ahti. Ya. Kadang korang marah, kecam dan sakit ahti. Melihat umat islam dibantu oleh kristian. Then korang kutuk orang kristian. Tapi korang tahu bagaimana entiti kristian neh buat kerja? AKu pernah masuk gereja. Dorang ada buat lelongan dan jualan amal. Then aku tanya. Untuk siapa? Untuk orang2 tua. Untuk kanak2 istimewa. Tak kira bangsa dan agama. 

Mereka tiada bantuan / dana tetap. Tetapi sejauh neh mereka usaha untuk tolong orang. Neh, kita ada zakat. Sistem kita tersusun. Besar. Tapi kita kalah dengan sistem kecik. Sebab apa? Sebab kesungguhan dan keikhlasan mereka mengatasi kita. Sakit. Sakit dada aku memikirnya. Apa salah umat islam di malaysia untuk mendapatkan pemerintahan seperti neh? 

CUKUP. 

Tolong la pusat zakat. TOlong la. Tolong la keluar. Tolong la bantu orang susah. Tolong la. Aku tak boleh bantu semua orang. Aku bukan orang kaya. Aku tak sanggup lagi baca cerita2 macam neh di dada akhbar. Jadi tolong la. Tolong la ubah cara korang buat kerja. Tolong la. Tolong la buat sepertimana yang digariskan dalam Islam. Tolong la cedok bagaimana khalifah2 agung kita buat kerja. Tolong la.

-amenoworld

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.