`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, July 29, 2013

Malindo Air Mulakan Laluan KL-Dhaka Pada 28 Ogos


20 Ramadhan 1434 H. [MOD] -


KUALA LUMPUR: Syarikat penerbangan hibrid, Malindo Air, dijadual melancarkan penerbangan harian laluan Kuala Lumpur-Dhaka, yang merupakan sebahagian daripada pelan peluasan antarabangsanya.
Dalam satu kenyataan pada Isnin, Ketua Pegawai Eksekutifnya, Chandran Rama Muthy berkata, perkhidmatan ke laluan antarabangsa pertama itu bermula pada 28Ogos.
"Sebagai antara beberapa syarikat penerbangan yang menyediakan perkhidmatanantara KL dan Dhaka, kami bangga memperoleh keistimewaan untuk meningkatkan lagi hubungan budaya, sosial dan ekonomi," katanya.
Beliau berkata, syarikat penerbangan itu yang akan menggunakan pesawat Boeing 737-900ER, menawarkan kelas perniagaan dan ekonomi.
Malindo Air, katanya merancang meningkatkan penguasaannya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sebagai gerbang utama serantau ke rantau Asean.
"Kami juga akan menggalakkan ahli perniagaan Bangladesh dan pengguna lainuntuk menyambung penerbangan menggunakan perkhidmatan antarabangsa kami yang lain" katanya.
Chandran berkata, pelan peluasan tempoh terdekat Malindo Air termasuk penerbangan dari KL ke Bali, Jakarta, Medan dan pulau Batam di Indonesia.
Tiket Malindo Air bagi laluan KL-Dhaka dan Dhaka-KL, kini mula dijual dan maklumat lanjut mengenainya boleh diperoleh menerusi www.malindoair.com. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.