`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, October 15, 2013

APABILA AHMED DEEDAT CAKAP MELAYU


 AHMED DEEDAT SEBAGAI PERMATA ISLAM membongkar tentang nabi muhammad s.a.w disebut di dalam bible Deuteronomy (Ulangan) bab 18 ayat 18 hingga 19 iaitu Seorang nabi akan Kubangkitkan bagi mereka daripada saudara mereka, seperti engkau ini; Aku akan menaruh firman-Ku dalam mulutnya, dan ia akan mengatakan kepada mereka segala yang Ku-perintahkan kepadanya. Orang yang tidak mendengarkan segala firman-Ku yang akan diucapkan nabi itu demi nama-Ku, daripadanya akan Ku-tuntut pertanggungjawaban. Yang disebut di situ adalah Rasullulah s.a.w namun apabila pihak kristian suka GUNAKAN KAEDAH TAKWILAN MEREKA BUKAN KATA NABI MUHAMMAD...sedangkan ianya terang terangan sebut tentang nabi muhammad.... Di dalam Holy Bible pada buku Isaiah (Yesaya) bab 29 ayat 12 disebut; And when the book is given to him who is not learned, saying, Read this, I pray you, he says, I cannot read. Manakala terjemahan Al-Kitab pula disebut; Dan apabila kitab itu diberikan kepada seorang yang tidak dapat membaca dengan mengatakan: “Baiklah baca ini,” maka ia akan menjawab: “Aku tidak dapat membaca.” Nabi Muhammad adalah seorang ummi. Ummi bermaksud tidak tahu membaca dan menulis. Semasa berumur 40 tahun, beliau telah bermunajat di Gua Hira. Di situlah beliau disuruh oleh malaikat Jibril supaya membaca. Beliau menjawab, “Aku tidak tahu membaca”. Selepas itu turun wahyu pertama dari surah al-‘Alaq yang bermaksud “Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan”.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.