Siapa yang boleh memberikan jangkaan, apa yang akan berlaku selepas ini dalam siasah dan politik negara? Pemimpin bercakap di dalam forum, akhbar dan media perdana menulis dan membincanghkan masalah negara dan rakyat dan media alternatif bercakap dan memberikan ulasan dengan panjang lebar dan berterusan sehingga sekarang ini. Selepas itu pilihanraya diadakan, keadaan masih dalam kebimbangan tentang masa depan negara dan rakyat.
Yang sudah berumur bertambah tua, dan anak-anak yang ramai sudah meningkat dewasa dengan kedatangan cucu-cucu yang ramai. Negara masih tidak menentu. Semakin hari semakin banyak kerisauan mendatang mengingatkan cucu-cucu yang lahir dan bilangan keluarga bertambah-tambah. Jika kita sudah tiada, siapakah yang boleh memberikan jaminan kepada generasi yang kita tinggalkan itu hidup dalam suasana negara yang aman damai?
Kata perbilangan keruh di hulu, keruh di hilir. Maknanya kalau kita masih bercakaran dan bergaduh dalam semua hal maka generasi kita akan mewarisi keadaan dan susana yang tidak tenteram dan mengelirukan. Jika kita tidak mahu air keruh di hilir maka air yang di hulu wajib kita jernihkan. Jika kita tidak mahu kehidupan generasi kita berada dalam suasana tidak tenteram maka kita wajar membina kembali susana yang tenteram itu sekarang ini.
Kita bukan tidak pernah tenteram sebelum ini, malahan itulah yang menjadi sebab kenapa kita bersusah payah ‘berperang’ sekarang ini. Kita ‘berperang’ sekarang ini semata-mata untuk kembali merasakan bagaimana nikmatnya hidup dalam negara yang siasah dan politiknya aman seperti yang kita rasai dahulu.
Masing-masing berjuang untuk mempengaruhi empunya negara ini, iaitu rakyat yang berbilang kaum, untuk menegakkan hujjah masing-masing, Semuanya mengaku untuk kebaikan negara semata-mata jika mereka di beri mandat untuk menguasai kerajaan.
Tentulah isu-isu yang di gunakan oleh pihak-pihak ini adalah di sebabkan isu kelemahan pihak yang memegang kuasa dan semuanya itu di jadikan modal oleh pihak yang ingin mengambil alih kuasa itu. Hasilnya telah pun kita ketahui dan yang berkuasa masih kekal dengan kuasanya walaupun dalam angka dan peratusan yang mengecil. Yang ingin mengambil alih kuasa itu kekal sebagai pembangkang kerana rakyat juga mempunyai sebab untuk meletakan mereka kekal sebagai pembangkang.
Dalam isu ini rakyat mempunyai sebab untuk mengalihkan mandat kepada pihak lain dari BN, tetapi dalam masa yang sama mereka juga mempunyai alasan untuk memberikan yang menyandang untuk kekal berkuasa. Rakyat sedar yang berkuasa itu amat jelek tetapi yang ingin mengambil kuasa juga tidak boleh memberikan jaminan yang mereka tidak jelak juga.
Rakyat tidak mahu berada dalam situasi mengalihkan dari pihak yang jelek tetapi akhirnya yang mengambil alih itu juga tidak selurus dan sebaik mana yang mereka ucapkan dan perjuangan. Mereka tidak mahu keluar dari mulut naga tetapi masuk pula ke mulut buaya. Apa pun kesudahannya, rakyat jugalah yang menentukan keadaan kerana negara ini rakyat yang punya, bukannya kepunyaan pemimpin-pemimpin parti politik yang berbilang kaum itu.
Rakyat mahukan ‘certainty’ yang sesiapa yang memerintah tidak membohongi mereka lagi. Mereka mahukan penunaian janji-janji yag di berikan kepada mereka. BN telah menjanjikan perubahan untuk kebaikan tetapi kebaikan itu belum juga nampak berlaku. Tindakan dan perlakuan rasuah masih berluas luasa. Penyalahgunaan kuasa dan pengaruh oleh pemimpin-pemimpin dan isteri-isteri mereka masih terlihat dengan jelas.
Menggunakan sentimen perkauman masih begitu jelas dan di gunakan sebagai cara untuk mengekalkan kuasa. Muhyiddin di kritik hebat kerana isu ‘Malay first, Malaysian second’ oleh pihak yang memperjuangkan ‘multiracialism’,. Tetapi bagaimana isu ini boleh di jadikan isu oleh pihak pembangkang kerana ada parti pembangkang yang memperjuangkan ‘multiracism’ tetapi mereka juga mempunyai sikap ‘Chinese first Indian 2nd and Malays 3rd’ dalam party mereka. Tidak ada langsung ‘attribute’ sebagai parti berbilang kaum di dalamnya.
Bagi saya perjuangan ‘multiracialism’ itu hanyalah retorik yang mengelirukan. Ia tidak akan menjadi kenyataan dan tidak akan wujud lagi. Kedua-dua belah pihak yang berbeza dalam banyak hal, tetapi mereka mempunyai satu persamaan, iaitu tegar dengan jiwa rasis, jika tidak dalam kata-kata mereka di lihat rasis dalam tindakan mereka.
Dalam hal ini kita tidak lagi mempunyai seorang pemimpin yang boleh memulakan cara baru dalam menyusun politik yang baru di kalangan mereka yang sedang berada dalam barisan kepimpinan peringkat tinggi baik dari BN atau dari Pakatan Rakyat.
Itu sebabnya memilih melalui parti sudah hampir tidak relevan lagi untuk memulakan politik baru, tetapi buat permulaannya kita perlu memilih manusia dan pemimpin yang mempunyai jiwa dan hati untuk membentuk suasana baru dengan politik yang baru. Jika kita tidak membentuk dan memulakan politik dan negara baru, kita berada dalam keadaan berisiko dalam mana kita akan terus di tadbir oleh mereka yang terlalu kufur dengan nikmat dan di gantikan oleh mereka yang baru menikmati kuasa yang lebih lahap lagi.
Jika dahulu ada Tunku Abdul Rahman Putra, Tan Cheng Lock, dan VT Sambanthan untuk duduk bersama menyususn sebuah negara, tidak ada sebab kita tidak boleh mencari seorang pemimpin yang boleh melakukan tugasan yang sama. Mulakan rundingan berama ketua-ketua suku kaum termasuk dari Sabah dan Sarawak dan selesaikan masalah yang timbul dari isu Perjanjian Persekutuan Malaysia yang kini menjadi isu panas terutama lagi dikalangan rakyat dari Malaysia Timur itu.
Kita wajar berani dan selesaikan semua isu yang berbangkit ‘once and for all’. Masalah-masalah yang berbangkit ini hanya boleh di selesaikan oleh seorang pemimpin yang mempunyai ‘passion’ terhadap keamanan dan mengutamakan negara. Ia tidak boleh di selesaikan oeh pemimpin yang mendahului niat memenuhi nafsu dan kehendak peribadi seperti yang kita sedang saksikan menjadi pakaian pemimpin-pemimpin yang sedang mengetuai dan memimpin parti-parti politik negara ini.
Aspan Alias
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.