`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, December 28, 2013

Tak perlu Digulingkan, UMNO Akan Jatuh Macam...


Selepas mungkir janji, BN takut “digulingkan”

Tahun 2014 sudah pastinya bukan berita gembira bagi majoriti rakyat Malaysia berpendapatan rendah kerana kenaikan kos sara hidup yang bakal mereka hadapi.

Semasa berkempen menjelang Pilihan Raya 2013 lalu, Barisan Nasional melalui “Manifesto: Menepati Janji, Membawa Harapan” memberikan pelbagai janji indah seperti mengurangkan kos sara hidup.

Di antaranya adalah penurunan harga kereta secara berperingkat, menyediakan sejuta rumah mampu milik, pendidikan lebih baik, pembangunan luar bandar secara agresif dan keselamatan awam.

Akan tetapi selepas pilihan raya 5 Mei, apa yang rakyat dapat?

Bermula September lalu, subsidi minyak dan gula dipotong, menyebabkan kenaikan harga kedua-dua bahan berkenaan.

Perlu diingat, kenaikan harga minyak dan gula mempunyai kesan berantai kepada barangan lain. Dalam erti kata lain, janji kerajaan harga barang lain tidak akan naik selepas subsidi minyak dan gula dipotong tidak boleh digunapakai.

Tidak cukup dengan itu kerajaan mengumumkan tarif elektrik dinaikkan sebanyak 15% dan cadangan kenaikan harga tol juga pada 2014.

Dalam Bajet 2014 yang diumumkan pada Oktober, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) bermula pada kadar 6% yang akan berkuatkuasa pada April 2015.

Ertinya, selepas tamat 2014 juga, kehadiran 2015 belum tentu memberikan kebahagian kepada majoriti rakyat Malaysia dengan pengenalan GST.

Tindakan “ganas” pentadbiran Najib dalam memotong subsidi dan menaikkan harga barang dan perkhidmatan yang menjadi keperluan asas turut membimbangkan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad (gambar).

“Kita faham kerajaan memerlukan lebih wang tetapi itu tidak bermakna peningkatan seperti yang diumumkan.

“Adalah lebih baik mengurangkan kos, mengekalkan atau mengurangkan harga. Perkara sama boleh dilakukan kerajaan,” katanya dalam tulisan di blog Che Det semalam.

Menurut Dr Mahathir, banyak dapat dijimatkan jika kerajaan serius bertindak terhadap Laporan Ketua Audit Negara 2012 mengenai ketirisan dan pembaziran kerajaan.


“Kerajaan biasanya melakukan pembaziran kerana tidak memikirkan pulangan dalam apa juga bentuk perbelanjaan. Jika kerajaan berhasrat mengurangkan kos urus tadbir, mereka boleh melakukannya,” katanya.

Dr Mahathir menulis menggunakan hujah yang sering dipakai pemimpin pembangkang.

Sebagai orang yang sudah memerintah Malaysia selama 22 tahun dan mengikuti perkembangan sejarah negara-negara jiran seperti Indonesia dan Filipina, Dr Mahathir sudah tentunya bimbang dengan tindakan pentadbiran Najib.

Dr Mahathir menyaksikan bagaimana rakan-rakan baiknya seperti Ferdinand Marcos dari Filipina dan Jeneral Muhammad Soeharto dari Indonesia digulingkan melalui demonstrasi jalanan selepas gagal mensejahterakan hidup rakyat.

Sudah pasti hujah Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hassan Malek mengatakan kenaikan kos sara hidup merupakan masalah kecil tidak dibeli bekas perdana menteri itu.

Maka tidak hairanlah Putrajaya juga dilihat begitu takut sekali dengan perhimpunan pada malam ambang Tahun Baru 2014 yang dikatakan berniat untuk menggulingkan kerajaan.

Semalam polis menahan pemilik akaun Facebook yang beroperasi dengan nama Asmaelz Hadzeny II yang diburu sejak minggu lepas kerana menghasut orang ramai menyertai perhimpunan dikatakan untuk menggulingkan kerajaan pada 31 Disember ini.

Sebelum itu polis menahan pengerusi Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun) Azan Safar selepas seorang pengguna Facebook memberikan komen mengatakan akan berlaku rusuhan pada malam ambang Tahun Baru.

Selepas memungkiri janji, Putrajaya kelihatan begitu takut sekali dengan kemarahan orang ramai di atas tindakan mereka itu.

Yang hairannya, yang ditahan adalah orang yang marah kerana janji dimungkiri dan bukan yang memungkiri janji. -Amin Iskandar/TMI


Mahathir: Kurangkan kos, bukan naikkan harga


Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, lebih baik langkah pengurangan kos pengeluaran diambil untuk mengekalkan harga barangan dan perkhidmatan daripada menaikkan harganya.

Bekas presiden Umno itu memberi analogi sebuah syarikat perniagaan.

Beliau berkata apabila sesuatu perniagaan berhadapan persaingan atau peningkatan kos yang mengurangkan keuntungan, ia mempunyai pilihan antara menaikkan harga atau mengurangkan kos (cost down).

"Ada masanya harga boleh dinaikkan. Ini mungkin mengakibatkan kemerosotan jualan dan keuntungan. Lebih baik mengurangkan kos atau sama ada mengekalkan atau meminimakan kenaikan harga.

"Perkara sama boleh dilakukan kerajaan. Semua kos boleh diteliti untuk menentukan mana yang benar-benar penting, kos mana yang boleh dikurangkan, atau perkhidmatan mana yang boleh diolah," tulis beliau.

Masyarakat kebanyakan kini berdepan dengan pelbagai kenaikan termasuk kenaikan termasuk tarif elektrik dan kemungkinan tol bulan hadapan.

Kesannya mula dirasai apabila rasionalisasi subsidi pada tahun ini menyebabkan kenaikan harga gula dan petrol. 
-mk


ULASAN GB

GB sudah ulas sebelum ini. Isu "gulingkan kerajaan" hanyalah lagu lama yang didendangkan kembali untuk menekan suara rakyat.

Sedangkan sebenarnya UMNO BN tidak perlu diguling. Jangkahayat pemerintahannya sudah tamat dan ia akan gugur dengan sendirinya tanpa perlu digulingkan. Ia akan gugur ke tanah macam cempedak busuk. Tiada siapa lagi yang mengiginkannya.

Itulah hukum kebenaran dan keadilan.

Senarai checklist kesalahn UMNO BN yang menyebabkan berbilion wang rakayt hangus:

RASUAH, KETIRISAN dan SALAH GUNAKUASA

1.Skandal PKFZ RM12 Bilion.
2.Skandal Baikpulih Kapal selam RM500 Juta.
3.Skandal Sime Darby RM964 Juta.
4.Skandal Paya Indah Westland RM88 Juta.
5.Skandal duit hilang PosMalaysia RM230 Juta.
6.Pembaziran Pembelian Eurocopter RM1 Bilion.
7.Stadium Terengganu runtuh RM292 Juta.
8.Kos baikpulih MRR2 RM70 Juta.
9.Skandal Maybank utk BII RM4 Bilion.
10.Rasuah utk Pelancongan NYY RM10 Juta.
11.3 lukisan MAS beli utk pejabat Munir RM 1.5 Juta.
12.Overpayment Kem. Belia & Sukan RM8.4 Juta.
13.Kompleks Sukan London - RM70 Juta.
14.Baikpulih MATRADE RM120 Juta..
15.Pampasan jambatan bengkok RM257 Juta.
16.Kerugian menjual Augusta RM510 Juta.
17.Harga Kapal Selam RM4.1 Bilion.
18.Limbungan Kapal TLDM RM6.75 Bilion. .
19.Tukaran asing Bank Negara 1990an RM30 Bilion.
20.Royalti Terengganu 2004-2007 RM7.4 Bilion.
21.Perwaja Steel RM2.56 Bilion.
22.Skandal Bank Islam RM700 Juta.
23.Philharmonic Orchestra diwujudkan RM500 Juta.
24.Skandal perkakas ICT sekolah RM2.21 Bilion.
25.Komisen pembelian Jet dan Kapal Selam utk Perimeker Sdn Bhd dan IMT Defence Sdn Bhd RM910 Juta.
26.Pembaziran pembinaan Imigresen & Kuarantin (CIQ) & Pembatalan jambatan Malaysia-Singapore RM1.3 Bilion.
27.Pembelian dakwat kekal utk PRU RM2.4 Juta.
28.Pampasan 20 sykt lebuhraya 2006-08 RM38.5 Bilion.
29.Suntikan utk selamatkan LRT-Putra RM4.5 Bilion.
30.Suntikan utk selamatkan LRT-Star RM3.3 Bilion.
31.Subsidi Petronas sejak 1997 pada IPP RM30 Bilion.
32.Subsidi kerajaan kepada IPP RM17 Bilion.

Hanya orang tidak siuman a.k.a orang gila yang akan terus memilih UMNO BN!

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.