`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, December 2, 2013

31HB OKTOBER 2013 TNB UMUM UNTUNG RM4.41 BILLION ... 2HB DISEMBER MENTERI UMUM TNB AKAN NAIKKAN TARIF ELEKTRIK 15%!!!!



Mungkin RM4.41 billion tidak mencukupi oleh itu perlu di naikkan lagi tarif elektrik 15%!!!!!!!!!... Inilah negara ku Malaysia yang diperintah UMNO/BN dibawah kepimpinan pemimpin terhebat sekali dalam sejarah dunia moden Dato' Seri Najib b Tun Abd Razak .. Presiden UMNO yang paling hebat luar biasa berjiwa rakyat!!!!!

HIDUP UMNO!!!! ... HIDUP KETUANAN MELAYU!!! ... HIDUP NAJIB!!!!!

31 Okt. - Tenaga Nasional Bhd (TNB) mencatatkan keuntungan bersih yang lebih tinggi berjumlah RM4.61 bilion bagi tahun kewangan (TK) berakhir 31 Ogos, 2013 daripada RM4.41 bilion tahun sebelumnya ekoran pengukuhan ringgit, permintaan yang lebih tinggi bagi elektrik dan harga arang batu yang lebih rendah. 


Pendapatan bagi tahun ini melonjak kepada RM37.13 bilion berbanding RM35.84 bilion tahun lepas dan ini mencerminkan pertumbuhan permintaan bagi unit elektrik sebanyak 3.8 peratus di Semenanjung Malaysia dalam tahun kewangan ini. 


Perbelanjaan kendalian meningkat sebanyak 1.8 peratus daripada tahun sebelumnya. 


Pengerusi TNB, Tan Sri Leo Moggie, berkata pola pertumbuhan permintaan elektrik di Semenanjung Malaysia menjejaki pertumbuhan keluaran dalam negara kasar negara ini. 


"Dalam jangka sederhana, kami terus menjangkakan pertumbuhan permintaan elektrik yang teguh, seiringan dengan pertumbuhan ekonomi yang diunjurkan oleh sektor komersial," katanya semasa mengumumkan keputusan suku keempat hari ini. 


Bagi tahun kewangan 2013, TNB mengumumkan dividen keseluruhan berjumlah 25 sen bagi setiap saham biasa. 


Penjimatan kos penjanaan tenaga elektrik sebahagian besarnya adalah hasil daripada penurunan harga purata arang batu sebanyak 19.3 peratus kepada US$83.6 setan metrik dalam tahun kewangan ini berbanding US$103.6 setan metrik dalam tahun kewangan lepas.

2hb Disember :- Putrajaya hari ini mengesahkan kenaikan kadar tarif elektrik sebanyak 14.98% atau 4.99 sen hingga 38.53 sen per kWh bagi Semenanjung Malaysia dan lima sen bagi Sabah dan Labuan yang akan berkuatkuasa Januari tahun depan.
 

Kenaikan itu diumumkan oleh Menteri Tenaga Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili dalam satu sidang media di Parlimen hari ini.


Pengumuman yang bakal mengundangkan kemarahan orang ramai berikutan rancangan Putrajaya untuk mengurangkan subsidi minyak bagi pembekal kuasa pada suku pertama tahun 2014.



Kadar elektrik semasa ketika ini adalah 33.5 sen per kWh, dimana 8.5 sen atau 25.3% di bawah kos asal pada kadar 42 sen kWh.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.