`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, December 4, 2013

Banjir Di Pahang Kian Buruk, Lebih 9,000 Di Pindahkan


KUANTAN, 4 Dis - Banjir di Pahang kini dilaporkan semakin buruk apabila lebih 9,000 mangsa banjir dipindahkan ke pusat pemindahan sehingga 8 malam tadi. Menurut Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, sehingga kini 9,030 mangsa yang melibatkan 2,095 keluarga dipindahkan di lima daerah. “Sebanyak 69 pusat pemindahan beroperasi di daerah Maran, Pekan, Rompin, Kuantan dan Jerantut. “Kuantan mencatatkan jumlah mangsa paling ramai iaitu 3,672 orang membabitkan 916 keluarga di 33 pusat pemindahan. “Di Rompin pula 859 keluarga dengan 3,249 mangsa ditempatkan di 13 pusat pemindahan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini. Di Pekan, 932 mangsa dipindahkan ke 13 pusat pemindahan manakala di Maran, 1,124 mangsa banjir ditempatkan di sembilan pusat pemindahan. “Jerantut pula merupakan daerah terbaharu yang mengalami banjir yang mana satu pusat pemindahan dibuka membabitkan 62 mangsa daripada 12 keluarga,” kata jurucakap itu. Katanya, laluan yang ditutup bagi kenderaan ringan, Kilometer (KM) 28 Kuantan-Sungai Lembing, KM36 Jalan Gambang-Kuantan, KM16 Jalan Nenasi-Pekan, KM145 Jalan Jerangau-Jabor, KM72 Jalan Kuantan-Segamat dan KM10 Jalan Kuantan-Pekan. Katanya, setakat ini masih tiada kemalangan jiwa yang dilaporkan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.