`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, December 21, 2013

[ Berita ] VIDEO GODAM KAD TOUCH N’ GO GUNA TELEFON PINTAR

godam Touch N Go, berita, terkini, kesan kenaikan kadar tol, godam Touch N Go dengan Telefon Pintar

Baru kita dikejutkan dengan kemungkinan kenaikan kadar tol di beberapa lebuhraya di negara kita. Nampaknya kali ini ada benda lagi ‘hebat’ mengenai tol ini. Khabarnya, ada penggodam berjaya menggodam mesin pengimbas Touch n’ Go dengan menggunakan telefon pintarnya sahaja. Video rakaman berkenaan sudah tersebar sejak beberapa hari lepas.
Memetik laporan mStar Online, rakaman video yang memaparkan aksi seorang individu menggunakan telefon bimbitnya untuk menggodam mesin pengimbas Touch n’ Go di sini, tersebar meluas di laman sosial Facebook, sejak awal minggu ini. Pada Isnin, seorang pengguna Facebook memuat naik rakaman video berdurasi 45 saat menunjukkan aksi yang berlaku dalam sebuah kereta di lebuh raya yang tidak diketahui. Posting berkenaan menerangkan bagaimana tindakan seorang penggodam menggunakan telefon pintarnya untuk melangkaui sistem debit sekaligus menyebabkan palang pagar di plaza tol terus terbuka.

Klip video berkenaan memaparkan aksi pemandu kereta itu menggunakan telefon pintarnya sebagai aplikasi di kaunter Touch n’ Go sebaik sahaja dia tiba di plaza tol. Individu berkenaan dilihat menggunakan telefon pintarnya sebagai alat untuk menggodam mesin pengimbas Touch n’ Go di plaza tol tersebut. Sebaik sahaja keretanya menghampiri, plaza tol, pemandu berkenaan melekapkan telefonnya di kaunter pengimbas Touch n’ Go. Pegimbas berkenaan kemudiannya mengeluarkan bunyi bip, dan pemandu berkenaan kemudiannya berlalu pergi sebaik sahaja palang tol berkenaan dinaikkan.
 
 


 Dalam respon segera, wakil Touch n’ Go berkata syarikatnya telah menyedari kewujudan video berkenaan sejak 18 Disember lalu. Buat masa ini, Touch n’ Go sedang menjalankan siasatan menyeluruh dalam isu berkenaan.

 
p/s: Tak pasti sejauh mana kesahihannya. Namun jika benar, boleh rugi besar konsesi tol kat negara kita…mungkin juga kesan dari khabar kenaikan kadar tol.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.