`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, December 23, 2013

DAFTAR BR1M 3.0 - BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA 2014 SECARA ONLINE

SYARAT BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA 2014
Keluarga (RM650)
- Pendapatan isi rumah kurang RM3,000 sebulan
- Rakyat Malaysia
Keluarga (RM450)
- pendapatan isi rumah di antara RM3,000 hingga RM4,000 sebulan
- Rakyat Malaysia
- Tambahan caruman i-BR1M bernilai RM50 yang menjadikan jumlah keseluruhan BR1M sebanyak RM500.
Individu (RM300)
- Pendapat sebulan RM2,000 kebawah.
- Rakyat Malaysia
- Berumur 21 tahun ke atas.
- Tidak termasuk pelajar yang menerima bantuan baucar buku 1Malaysia (BB1M)
Isi rumah yang layak memohon merujuk kepada seorang lelaki atau wanita yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah atau ketua keluarga. Ini merangkumi individu :
  • Berkahwin termasuk anak yang berkahwin dan tinggal bersama ibu bapa.
  • Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun dan ke bawah.
  • Individu (bujang, duda, ibu tunggal) bujang yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun dan ke bawah (dalam rumah yang sama).
  • Warga emas sebatang kara yang berumur 60 tahun dan ke atas, lahir pada tahun 1953 atau sebelumnya, dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM3,000 dan ke bawah.
Bagi penerima BR1M sedia ada, mereka tidak lagi perlu mendaftar untuk kali kedua manakala pemohon baru boleh mendaftar secara atas talian atau secara manual dengan mengisi borang permohonan BR1M yang seterusnya. 
Bagi penerima yang ingin mengemaskini data sedia ada seperti pertukaran alamat atau kematian ketua isi rumah perlu mendaftar semula.
Cara memohon  
- Download/Muat turun - Borang BR1M 3.0 
- Untuk aplikasi melalui borang, anda boleh dapati borang disini :
  • Kaunter Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
  • Pejabat Pembangunan negeri dan pejabat daerah
  • Jabatan Pembangunan Persekutuan
  • Jabatan Kebajikan Masyarakat
  • Jabatan Penerangan serta agensi kerajaan
Masuk ke laman ini untuk membuat permohonan online 
 
Makluman Pendaftaran BR1M 2014

- Dimaklumkan bahawa BR1M 2014 akan bermula pada 23 Disember 2013 (Isnin)
- Pendaftaran boleh dilakukan secara online melalui laman web www.hasil.gov.my. 
- Manakala pendaftaran secara manual boleh dihantar ke mana- mana Pejabat LHDNM 
    berhampiran. 
- Pembayaran BR1M 2014 dijangka akan mula dibuat pada Februari 2014. 
- Untuk pertanyaan lanjut pemohon boleh menghubungi Talian Hotline BR1M iaitu 1-800-88-2716.

-UtusanKini

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.