`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, December 19, 2013

Gambar Mangsa Ragut Tersebar - Peragut Kini Semakin Ganas !!!!

Kepala hotak Soz Cyili
Ganas gila penjenayah2 ragut neh. Tak cukup dengan ragut orang yang berjalan kaki. Kini mereka meragut pula orang yang menaiki motorsikal. Mereka ragut gunakan kereta. Dekati orang yang naik motor. Lepas tue rentap beg dia. Dan si mangsa ragut pula cedera parah sebab hilang kawalan.

Ini perbuatan yang tersangatlah kejam.

Sudah la penunggang motorsikal ialah penunggang kenderaan yang paling ber-risiko. Kenderaan paling kecil, paling mudah terdedah kepada pelbagai risiko bahaya. Kena hujah la, kena himpit dengan kenderaan besar la, jadi mangsa buli jalanraya la, sekarang mereka terdedah pula kepada ancaman jenayah.

Sial punya penjenayah!




Kalau macam ini punya teruk dorang buat jenayah sampai hilang belas kasihan dan tak mempedulikan nyawa orang awam macam mana la rakyat tak semakin membenci penjenayah2 di negara neh, khususnya peragut? Itu sebab ada satu kes terbunuh peragut tanpa sengaja (dipukul oleh orang awam). Orang awam dah semakin bengang dengan penjenayah2 ragut neh. Pendek kata peragut yang meragut dan kemudian nya kantoi, memang ada harapan besar kena belasah kaw2 dengan orang ramai disebabkan insiden2 seperti inila. Risiko yang sendiri cari beb.

Apa pun dinasihatkan penunggang motorsikal jangan bawa beg tangan dah. Bahaya. Nak bawa kena pandai sorok. Tapi mangsa ragut neh seorang student. Nak taknak terpaksa la bawa beg untuk isi2 buku. Lepas tue laptop. Mungkin juga peragut ingat dalam beg2 tue ada duit, ada hp. So dorang rembat. Nak beli kereta pula bukan semua orang mampu..

Aihh pening...


Baca berita kat bawah neh. Pagi2 lagi dah cari rezeki dengan mencuri hak orang. Haram jadah sungguh.. 


Hasrat seorang pelajar kolej menduduki ujian percubaan akhir tahun terbantut apabila dia diragut sekumpulan lelaki ketika menunggang motosikal mengakibatkan dia mengalami kecederaan di kepala dalam kejadian di Kampung Tok Jembal, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 7.30 pagi itu, mangsa Zafira Halwa Ibrahim, 20, yang menunggang motosikal Honda Dash dihimpit sebuah PERODUA ViVa berwarna kuning, mengakibatkan dia tersembam di atas jalan.

Akibat kemalangan itu, kepala pelajar Kolej Yayasan Terengganu berkenaan terhentak kuat di atas jalan tar menyebabkannya pengsan, sekali gus membolehkan suspek melarikan beg tangannya.

Zafira yang ditemui di Wad Pembedahan Wanita di Hospital Sultanah Nur Zahirah ((HSNZ), di sini, semalam berkata, dia hanya tersedar ketika diangkat ke dalam kereta penduduk kampung yang melihat dia terbaring di atas jalan.

“Kepala saya terasa amat sakit dan terkejut apabila seluruh muka dan badan saya bercalar akibat tergesel di atas jalan dan penduduk membawa saya ke Klinik Kesihatan Seberang Takir sebelum dirujuk ke HSNZ untuk rawatan lanjut. -HM-

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.