`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, December 8, 2013

Izzah: Umno gelapkan masa depan Melayu?

Berita"SHAH ALAM - Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar mendakwa Perhimpunan Agung Umno 2013 yang baharu melabuhkan tirainya semlama gagal "mencerahkan" masa depan kaum Melayu.

Beliau mendakwa, pemimpin Umno yang bersidang pada perhimpunan itu hanya berada di kepompong sendiri daripada bertindak untuk memajukan negara keseluruhannya dan masa depan Melayu jika tidak melaksanakan rekonsiliasi nasional.

"Perhimpunan Agung Umno sudah berlangsung tetapi malangnya masih belum kelihatan kesungguhan daripada para pemimpin Umno untuk membangkitkan isu-isu semasa yang ketara yang akan menggelapkan masa depan Melayu.

"Kesimpulannya, Umno hanya selesa berada dalam kepompong atau tempurung dan tidak mahu berfikir tentang cara-cara untuk memajukan negara secara keseluruhan melainkan memusatkan kuasa dan kekayaan melalui berbagai usul-usul dan penjenamaan semula dasar ekonomi hanya untuk kepentingan ahli Umno terpilih sahaja.

"Jelas, masa depan Melayu dan Malaysia akan terus menggelap dibawah Umno jika tidak melaksanakan rekonsiliasi nasional agar usaha melibatkan secara inklusif semua pihak dapat membina masa depan yang cerah," katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Dalam pada Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai mendakwa, Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak hanya mampu mengeluarkan kenyataan retorik lama walaupun kos sara hidup semakin menekan rakyat.

"Najib hanya kekal dengan retorik lama, iaitu rakyat perlu terus bersabar dan berkorban untuk keutuhan kewangan negara.

"Sedangkan orang lain berhutang dan boros namun rakyat yang kena bayar," katanya.

Nurul Izzah juga dalam kenyataannya berkata Umno gagal mengenengahkan isu-isu keselamatan negara seperti Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) dan sebagainya.

Tambahnya, isu pendidikan juga tidak mendapat perhatian daripada Umno dalam perhimpunan itu.

"Kegagalan dalam meningkatkan mutu dan pencapaian pendidikan agar kekal bersaing secara global akan terus menggelapkan masa depan anak-anak kita kerana mewarisi kadar gaji malar serta budaya berhutang semata-mata untuk menyara kos hidup semakin meninggi," dakwanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.