`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, December 2, 2013

Kantoi: PAS telah pecat Kazim pada Ogos lalu - Mustafa

Menurut beliau, surat pemakluman pemecatan keahlian itu juga telah dihantar kepada Kazim sejurus selepas itu dan tiada sebarang rayuan dikemukakan kepada PAS.
Keputusan pemecatan itu dibuat dalam Mesyuarat PAS Pusat pada 25 Ogos lalu.

Katanya, selain Kazim, tiga lagi individu yang turut dipecat ialah bekas Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Mohd Hafiz Nordin, bekas Ketua Penerangan PAS Selangor, Hassan Basri dan bekas Setiausaha PAS Selangor, Norman Toha.

"Kita dah pecat beliau Ogos lalu, dan kita telah hantar surat kepada beliau.


"Kita anggap sampai kepada beliau, kerana kita tidak menerima pengembalian surat itu dan kita juga tak dapat apa-apa respons daripada beliau," katanya ketika dihubungi Harakahdaily.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan Kazim yang hari ini mengisytiharkan keluar dari PAS selepas mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri di Parlimen hari ini.

Mustafa berkata, tidak timbul soal Kazim mengisytiharkan keluar dari PAS kerana sememangnya beliau sudah dipecat dan bukan lagi ahli PAS.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.