Omak Kau diberikan beberapa keping gambar mengenai ragam peminat tudung jenama Fareeda di Seksyen 8, Bandar Baru Bangi, Selangor bersebelahan CIMB yang sanggup bermalam beratur panjang dan berkampung hanya untuk mendapatkan tudung Fareeda yang di jual dalam harga runtuh RM10 sehelai .
Ada yang bawa tikar mengkuang untuk di jadikan alas tempat tidur di kaki lima kedai.
Suasana sebegini sudah berlaku beberapa malam semenjak Kedai Fareeda mengadakan jualan murah runtuh.
Omak Kau bolehlah rangkuman betapa rakyat apabila mendengar jualan murah sanggup beratur panjang waima bermalam dikaki lima kedai .
Perlunyanya kerajaan UMNO/BN mengambil iktibar dari keadaan ini bagi bertekad usaha keras menjamin agar segala barang yang dijual di negara ini mampu di beli oleh rakyat kebanyakkan.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.