`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, December 27, 2013

Najib harus jaga maruahnya sebagai perdana menteri - TAZKIRAH JUMAAT

Sebagai perdana menteri yang beriya-iya untuk melakukan transformasi, Najib Razak harus memperbetulkan persepsi buruk ke atas diri dan kepimpinannya kalau beliau mahu terus dihormati. 

Akhir-akhir ini kredibiliti Najib sebagai pemimpin terjejas ekoran tindakan para pembelanya bersikap sokong membawa rebah.

Najib perlu bertanggujngjawab.
Najib harus bingkas untuk mengatasi sendiri segala permasalahan di sekitar dirinya dan bukan menerima bulat-bulat usaha melindungi kuasa dan kedudukannya yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu, seperti badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan para 'mafia Umno'. 
Sikap diam diri dan membiarkan pembelaan dilakukan oleh pihak ketiga, bakal memusnahkan kerjaya Najib sebagai pemimpin. Ia boleh memudarkan sedikit cahaya kepimpinan yang ada kepada perdana menteri itu. 
 
Najib perlu sedar dan insaf kerana pihak tertentu yang lebih bertindak sebagai 'kaki bodek' ikut sama menggunakan isu-isu remeh bagi mempertahankan maruah dan kerajaannya. Tindakan itu sangat memalukan Najib di mana pemerhati. 
Sebagai perdana menteri dan pemimpin nombor satu negara, Najib tidak hanya perlu memgumumkan projek-projek mega atau membuat unjuran-unjuran pencapaian ekonomi dan kemajuan kerajaan yang disediakan oleh teknokrat, tetapi beliau juga perlu bertanggungjawab menghuraikan kegelisahan dan keserabutan rakyat. 
 
Masalah rakyat adalah masalah dan tanggungan mutlak beliau sebagai amir. 
 
Maka Najib harus sedia berdepan dan bersemuka dengan rakyat dengan berani dan penuh bertanggungjawab. 
Nilai rakyat hari ini sudah berubah. Mereka lebih terbuka dan mendapat maklumat yang cukup. Jadi kenyataan dan pengumuman seperti sebelum ini, tidak lagi akan mempesonakan rakyat sekaligus menyapu kesangsian mereka terhadap sesuatu usaha kerajaan. 
 
Mereka tidak akan mudah diam apabila mendengar sesuatu pengumuman oleh pemimpin. Mereka akan fikir dan kaji sejauh mana benar dan kemunasabahannya. 
 
Sebab itu rakyat lebih sedia mendengar sesuatu yang pedih secara ikhlas daripada mendengar sesuatu yang menggembirakan tetapi bohong, belawak. 
Membiarkan isu-isu seperti kenaikan harga barang, bahan bakar (petrol), isu Syiah, atau ura-ura kenaikan takrif eletrik dan tol kepada pihak ketiga yang terus membuat provokasi dalam usaha membelanya adalah tidak bagus. 
 
Tanpa mempedulikan sendiri isu-isu secara langsung dengan massa rakyat ia mencerminkan Najib sebagai seorang pemimpin yang bukan serba boleh dan pengecut. 
 
Tindakan Zahid Hamidi yang memprovokasikan isu Syiah untuk memburukkan Pas dan timbalanya presidennya, Mohamad Sabu seharusnya ditegur oleh Najib dengan penuh berwibawa. 
Hari ini isu Syiah yang dibangkit dan diheret oleh Zahid sudah senyap sunyi dan Zahid sendiri sudah membungkus mukanya kerana tidak sanggup berdepan dengan massa rakyat gara-gara ketololannya memainkan itu Syiah itu.
 
Najib harus sedar pembelaan oleh pihak ketiga itu tidak ubah sebagai sokong yang membawa rebah. Mereka adalah pagar atau 'sasak' buruk yang akan rebah dan menimpa pokok-pokok tanaman sehingga ranap. 
 
Misalnya isu-isu Syiah, protes kenaikan harga barang (Turun) bukan perkara yang perlu dijadikan isu atau modal mempertahankan Najib. Najib harus lebih fleksible di dalam hal ini dan lebih bersedia mendengar keluhan dan runggutan rakyat. 
Misalnya panggilan untuk berhimpun bagi memprotes kenaikan harga barang telah dieksploitasikan dengan huduhnya sebagai rancangan hendak menggulingkan kerajaan? 
 
Isu ini dimainkan malam siang oleh media PB. Pendek sangkat akal mereka yang ingin membela Najib dengan mengekpsloitasikan isu berkenaan. 
Tahap kemarahan rakyat mengenai kenaikan harga barangan keperluan masih belum sampai ke klimeknya. 
 
Belum ada sebab-sebab konkrit untuk rakyat bertindak membuat kekecauan seperti berlaku di sesetengah negara hanya kerana ura-ura hendak menaikkan tol, takrif eletrik sampai kerajaan terguling. 
Najib seharusnya memiliki sedikit ilmu sosiologi dan antropolgi untuk mengenali sikap dan sifat orang Melayu. 
 
Orang Melayu tidak akan mengamuk kerana mereka terpaksa berkerja kuat, tetapi bayaran sedikit, tetapi mereka akan mengamuk kalau mereka lapar dan agama bangsa mereka dikhianati. 
 
Apa yang berlaku kini, kerajaan atau majikan masih boleh membayar upah kepada mereka, walaupun sedikit. Masalah kenaikan harga barang ini bukan baru sekali berlaku, tetapi sudah berkali-kali. 
 
Apakah pihak yang tergila-gila membela Najib (bodek) tidak memahami sejarah dan hakikat ini? 
Sikap orang Melayu mudah memaafi dan melupai sesuatu yang memedihkan mereka. Orang Melayu berjiwa pemaaf. Sekiranya Najib berterus terang dan tidak bercakap macam ular tedung, rakyat dapat menerima segala penjelasan. 
 
Pokoknya Najib harus tulus dan ikhlas dan menyampaikan sesuatu perkara secara jujur. 
 
Sebenarnya bukan saja soal kenaikan harga barang, tol, eletrik dan sebagainya, hatta kalau hendak menyatukan Melayu dalam satu wadah pun boleh asalkan dilaksanakan dengan penuh kejujurdan dan keikhlasan. 
Najib masih ada ruang dan peluang untuk memberi penjelasan kepada rakyat bagi menghakiskan persepsi buruk terhadapnya disebabkan kaki bodek. 
 
Beliau harus berani untuk menyatakan kepada rakyat apa-apa pandangan mengenai perkara itu. 
 
Apabila beliau mendengar sunggutan rakyat mengenai apa-apa hal, beliau akan dianggap sebagai perdana menteri yang concern kepada masalah rakyat dan tidak lepas tangan. 
 
Jika Najib bersikap demikian beliau akan dihormati dan segala masalah mendatang yang ditakdirkan dapat diatasi dengan baik. 
Apa salah kalau semasa himpunan memprotes harga barang yang dirancangkan itu Najib turun padang dan memegang mikrofon menjelaskan kepada rakyat. 
 
Selepas itu panggil wakil mereka untuk berjumpa dan berbincang secara tertib sambil minum tea dan makan sekeping kek. 
 
Umno sudah berusia lebih 60 tahun seharusnya ia menjadi sebuah parti yang matang, berani bertanggungjawab menghadapi apa sahaja masalah. 
 
Rakyat negara ini waima pembangkang bukan liar sangat untuk diajak berunding. 
Persoalannya sampai bila Najib mahu menyerahkan tugas-tugas untuk melindungi kekuasaan beliau kepada pihak berkuasa seperti polis atau pun 'mafia politik' dan oleh golongan tertentu yang mana tahap pemikirannya boleh diukur dengan tali rafia. 
 
Najib perlu tahu berapa meter panjang akal gologan yang bangkit mempertahankan dirinya oleh beberapa NGO seperti Perkasa(m) dan sebagainya yang terus mengambil pendekatan melakukan prvokosi terhadap pembangkang. Najib jangan menjadi keldai yang enggan masuk ke sekolah buta huruf. [wm.kl.3:14 pm 27/12/13] 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.