`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, December 21, 2013

Najib Jahanamkan Masadepan Negara ??

Inilah kerja pemimpin Melayu, negara kita - Sakmongkol

Setiap hari pemimpin Umno pekik sana dan sini, merekalah pejuang Melayu. Perdana menteri pun sendiri tidak jemu-jemu menyebut bahawa dia dengar keluhan rakyat. Kepada pengakuan demikian, kita boleh menjawab, orang lain pun mendengar juga. Soalnya, PM dengar apa dia hendak buat?
Isu pokok negara kita hari ini ialah kepimpinan. Saya tidak tahu apa lagi yang kita mahu cakapkan, PM yang kita ada ini jadi ahli Parlimen 1976 lagi. Sudah pernah jadi timbalan menteri, menteri, duduk di bawah 3 PM, jadi TPM dan akhirnya jadi PM masih tidak membentuk jati diri kepimpinan yang tersendiri dan kebijaksanaan seorang negarawan. Inilah PM Malaysia yang menyandarkan semua keputusan kepada rumusan konsultan. Sejak 2009, kerajaannya belanja RM7.2 billion untuk khidmat pakar runding. Tidak juga ekonomi Malaysia jadi lebih baik.

Kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak menjahanamkan masa depan negara. Habislah harta negara ini dijual. Dan pajakan kerajaan dijadikan cagaran pinjaman. Ini yang disebut oleh Rafizi Ramli yang memetik Laporan Bank Dunia: Malaysia Economic Monitor, December 2013 halaman 10. Laporan itu menyebut di bawah kepala tajuk: Fiscal and monetary policies still accommodative but shifting to neutral the Federal government moves more decisively towards fiscal consolidation:

15. The government is expected to meet its headline deficit target for 2013 as additional non-tax collections offset higher expenditures on subsidies. Despite estimated operating (current) expenditures exceeding their budgeted 2013 allocations by RM 14.3 billion (7.1%) and slightly worse GDP growth compared to the previous year’s forecast, the government reaffirmed its headline deficit target for 2013 (4.0% of GDP vs. 4.5% in 2012).

This target will be achieved through additional tax revenues. Of the additional RM11.8 billion in revenues expected to be raised compared to budgeted estimates, RM7.4 billion originated from non-tax sources, including RM1.4 billion of proceeds from asset sales and RM4.2 billion from the securitization of government mortgages. Moreover, the government has also continued to underspend on development expenditure.

Harta apakah yang dijual bernilai RM1.4 billion itu? Dan apa cagaran kerajaan yang digadai bernilai RM4.2 billion? RM5.6 billion daripada hasil bukan cukai, RM7.4 billion adalah dua perkara ini.

Jadi ini rupanya kerja kau orang ya, belakang rakyat, harta kepunyaan negara dijual dan pajakan kepada kerajaan dijadikan gadaian. Depan orang bukan main lagi bersyarah mengenai kepimpinan yang terbaik untuk bangsa Melayu.

Inilah kerajaan yang cakap besar mengenai menepati janji dan belanja berhemah iaitu belanja mengikut kemampuan. Ibu bapa kita dahulu kalau tidak ada duit, jual itik ayam, kerbau lembu dan gadai tanah dan harta benda lain pada chettiar.

Setelah 56 tahun merdeka, kerajaan Umno pun buat perkara yang lebih kurang sama - menandakan betapa merudum sekali kualiti kepimpinan negara ini. This is a country with mediocre leadership.

Harta benda rakyat ini dijual kepada negara asing atau kepada rakyat sendiri? Perbuatan ini adakah sah di sisi undang-undang atau tidak? Constitutional atau tidak? Penjualan aset negara tidak boleh dilakukan oleh kerajaan Najib tanpa melanggar undang-undnag dan kebenaran mesti diperolehi daripada Parlimen. Penjualan aset tidak pernah dibentangkan dalam Parlimen. Jka demikian, kerajaan menyembunyikan penjualan aset negara.

Rupa-rupanya kerajaan yang tidak berkualiti kepimpinannya ini dalam senyap menjual dan bergadai untuk menutup lubang defisit yang mereka sendiri wujudkan. Bagaimana kita mahu meletakkan masa depan negara dalam tangan kepimpinan mediocre ini? Ini bukan soal Cina hendak ambil kuasa Melayu, Melayu hilang kuasa atau tidak, raja Melayu dinyahkan, atau isu agama Islam Melayu diancam. Ini ialah isiu kepimpinan nektah.

Janganlah kita terus menyokong kepimpinan Umno membabi buta hanya semata-mata pemimpinnya sebangsa dengan kita. Orang Umno sendiri janganlah taksub memikirkan bahawa hanya Najib sahaja yang boleh memimpin parti mereka, atau Muhyiddin sahaja yang layak, atau Hishammuddin sahaja atau mana pemimpin yang jadi pak turut sahaja yang boleh memimpin negara. Jika pemimpin ini ditukar yang menggantinya tetap juga Melayu. Janganlah orang Melayu memikirkan bahawa Melayu daripada perdu ini sahaja yang boleh memerintah dan mentadbir negara dengan lebih baik. – sakmongkol



Najib jual aset negara untuk capai sasaran defisit


Laporan Bank Dunia mendedahkan pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak menjual aset negara untuk menampung perbelanjaan negara dan mengurangkan hutang, kata Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli.Rafizi

“Ini adalah pendedahan yang cukup mengejutkan kerana pentadbiran Najib sudah sampai ke peringkat menjual aset negara dan mencagarkan harta-harta negara (melalui securitization of government mortgages) untuk menampung keborosan dan pembaziran kerajaannya,” kata Rafizi.

Beliau berkata demikian pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN,, hari ini.

Katanya, laporan terkini dari Bank Dunia iaitu ‘Malaysia Economic Monitor:December 2013′ pada muka surat 10 menyatakan kerajaan ingin mencapai sasaran defisit 4 peratus bagi 2013 melalui keuntungan cukai tambahan berjumlah RM11.8 bilion.

Menurut Rafizi, RM1.4 bilion itu dijangka diperoleh daripada jualan aset dan RM4.2 bilion daripada cagaran harta-harta negara.

“Saya syak rancangan menjual aset negara ini telah pun berlaku kerana ia bertujuan mencapai sasaran defisit 4 peratus bagi 2013 yang sebenarnya telah gagal.

“Ini bermakna, harta-harta negara telah pun dijual dan digadai supaya hasilnya itu diperolehi dalam tahun 2013 untuk menutup jurang pendapatan dan perbelanjaan negara,” ujarnya.

Menurut Rafizi, beliau akan menggesa satu sidang Parlimen tergempar dipanggil secepat mungkin bagi membincangkan tindakan menjual dan mencagarkan aset negara seperti yang didedahkan di dalam laporan Bank Dunia. “Perkara ini akan saya bawa dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan malam ini (20 Disember) supaya permohonan sidang tergempar Parlimen boleh dibuat secepat mungkin,” katanya -KD

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.