`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, December 21, 2013

Negeri Sembilan semak elaun Adun

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata kali terakhir elaun Adun dinaikkan ialah 15 tahun lepas.
SEREMBAN:  Kerajaan  Negeri Sembilan akan menyemak semula elaun Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) bagi  meringankan beban mereka ketika menjalankan tugas membantu rakyat.
Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata kali terakhir elaun Adun dinaikkan ialah 15 tahun lepas.
“Saya tidak menolak cadangan elaun Adun  dinaikkan memandangkan peranan dan tugas Adun semakin berat dan tiada kenaikan elaun sejak 15 tahun lepas.
“Tetapi satu kajian terperinci harus dibuat bagi mengelak sebarang isu ketidakpuasan hati oleh pelbagai pihak.
“Kenaikan itu perlu mengikut kadar berpatutan supaya tidak menjadi isu,” katanya.
Adun  Bukit Kepayang, Cha Kee Chin (DAP) berkata semakan elaun Adun perlu tetapi mengikut keperluan perbelanjaan semasa.
“Saya memohon kepada Menteri Besar agar mengembalikan semula elaun Pusat Khidmat Adun yang pernah diberikan kepada setiap Adun pada penggal tahun 2004 hingga tahun 2008.
“Ketika penggal tahun 2004 hingga tahun 2008, setiap Adun menerima elaun sebanyak RM1, 500.
“Elaun Pusat Khidmat Adun ini sangat diperlukan untuk menggajikan pembantu pejabat dan lain-lain kos asas seperti bil elektrik, air,
telefon, internet, fax dan mesin fotostat.,” kata Cha.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.