`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, December 23, 2013

BOLEHKAH KLIA2 BEROPERASI PADA 2.5.2014

98 PERATUS SIAP
Sama ada klia2 boleh dibuka dan beroperasi pada 2 Mei 2014 mengikut perancangan asal kini terletak kepada kontraktor utama UEM Construction Sendirian Berhad dan Binapuri Holding Berhad (UEMC Binapuri).
 klia2 kini telah 98 peratus siap dibina
Masalahnya, syarikat yang bekerjasama membina bangunan terminal itu didakwa masih gagal menyiapkan kerja kemasan terminal terbang tambang murah baharu itu mengikut jadual yang ditetapkan.
Sumber yang terlibat dalam pembinaan projek kontroversi itu berkata, Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) secara dasarnya kecewa dengan perkembangan itu kerana peringatan sudah dinyatakan banyak kali kepada syarikat kerjasama itu namun keadaan tidak berubah.
"MAHB sudah menjelaskan semua terma dan syarat kepada syarikat-syarikat yang terlibat dalam pembinaan klia2 semasa projek itu hendak dimulakan pada tahun 2010.
"Ketika itu semua pihak menyatakan komitmen tetapi apbila projek sudah berjalan, jadi begini pula.
"Yang mendapat nama buruk, MAHB. Yang dikecam MAHB walaupun hakikatnya MAHB telah berusaha membuat terbaik untuk klia2," katanya ketika bercakap kepada MalaysiaGazette.
Sumber berkata, pembinaan klia2 sudah 98 peratus siap, cuma kerja-kerja kemasan perlu disegerakan supaya bangunan terminal dapat diserahkan kepada MAHB bersama sijil siap dan pematuhan (CCC) pada akhir Januari ini, sekali gus operasi persediaan dan pemindahan lapangan terbangan (ORAT) dapat dimulakan.
Mengulas mengenai kerja-kerja kemasan itu, beliau memberi gambaran keadaan lantai di bangunan terminal masih kotor, batu-bata di dinding masih belum penuh menutupi dinding hingga ke siling dan wayar-wayar masih berjuntai.
"Sebenarnya kerja-kerja itu boleh disiapkan pada minggu depan kalau UEMC Binapuri melakukan kerja-kerja itu 24 jam," tambahnya.
Beliau berkata, pada awal pembinaan klia2, ORAT dijadualkan dilaksanakan dalam tempoh enam bulan sebelum dipendekkan lagi kepada tiga bulan.
Kalau dalam tempoh tiga bulan pun sukar, kemungkinan ORAT dipinda kepada dua bulan tetapi tidak boleh kurang daripada tempoh tersebut.
"Jika tidak, klia2 tidak akan dibuka pada 2 Mei 2014," katanya sambil memberitahu bahawa sistem teknologi maklumat dan bagasi semuanya sudah selesai.
Begitu juga dengan pembinaan apron, landasan ketiga dan laluan taxi manakala sistem kawalan udara dan sistem pencahayaan aero masih dalam progres.
Mengikut perancangan awal, klia2 yang bakal menampung kapasiti pengguna sebanyak 45 juta itu sepatutnya siap pada Jun 2012. - UtusanKini

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.