`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, December 3, 2013

[Panas] Satu Lagi Contoh Salah Guna Kuasa Ketua Polis Negara !, Ugut Tangkap Kolumnis Free Malaysia Today ?

Amaran terhadap Mariam, satu lagi contoh salah guna kuasa KPN
Ahli Parlimen DAP Puchong, Gobind Singh Deo kesal dan menggesa Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Khalid Abu Bakar berhenti mengugut kolumnis, Mariam Mokhtar dengan pendakwaan jenayah.

Beliau berkata, tindakan Khalid itu tidak wajar sama sekali dan ia jelas satu penyalahgunaan kuasa.

“Ini lagi satu contoh klasik bagaimana undang-undang hasutan boleh disalahgunakan untuk menyekat kritikan dan perbezaan pendapat.

“Sebagai KPN, beliau harus bersedia menghadapi kritikan terhadap cara pengendalian isu membabitkan kepentingan ramai.

Jika Khalid tidak memahami perkara itu, letak saja jawatan,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Khalid baru-baru ini memberi amaran kepada Mariam dengan menyatakan ‘jangan menerbitkan artikel hanya untuk menarik orang ramai melawat laman web anda kerana ia boleh menjemput kami (polis) datang dan menangkap kamu’.

Beliau tidak senang dengan artikel kolumnis portal FreeMalaysiaToday itu ‘One Ideology, Two Reactions’ yang mempertikaikan layanan berbeza kerajaan terhadap Chin Peng dan Siti Aishah Abdul Wahad.

Menyelar tindakan itu, Gobind yang juga Ketua Biro Undang-Undang DAP berkata, ia amat menghairankan apabila KPN boleh ‘datang dan tangkap’ suspek hanya kerana berasa ada sesuatu tidak kena.

“Saya ingin bertanya, bagaimana dengan akuan berkanun yang dibuat terhadap amalan rasuah dan salah laku dalam kes Pulau Batu Puteh?

“Bagaimana pula dakwaan dibuat dalam akuan berkanun yang mungkin berkait dengan kes pembunuhan berprofil tinggi di Shah Alam baru-baru ini, malahan kedua-dua tertuduh dibebaskan?

“Apa terjadi kepada banyak serangan terbuka terhadap agama serta ucapan kebencian yang dibuat pelbagai pihak kebelakangan ini, ia jelas mewujudkan keresahan di kalangan rakyat?

Mengapa KPN tidak rasa ‘terpanggil’ untuk menangkap mereka?,” soalnya.

-Roketkini

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

    Kolumnis pertahankan tulisan walau berdepan ancaman Ketua Polis Negara

[tmi]- Kolumnis Mariam Mokhtar berikrar akan terus menyumbang pandangan dalam tulisannya biarpun menerima amaran dari Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar  berhubung artikelnya sebelum ini mengenai dua rakyat Malaysia yang juga anggota radikal komunis.

Mariam menyifatkan amaran Khalid itu merupakan tindakan yang salah dan dilihat cuba menyekat suara umum.

"Saya fikir Khalid bertindak mengikut arahan," katanya dalam satu emel kepada The Malaysian Insider dari London.

Mariam, pada masa sama, berpandangan insiden tersebut mencetuskan perkara-perkara baru apabila Khalid juga turut membaca portal berita.

Khalid semalam memberi amaran kepada Mariam setelah artikel tulisan kolumnis itu bertajuk “One Ideology, Two Reactions” dimana beliau mempertikai layanan berbeza kerajaan berhubung kepulangan dua anggota komunis, iaitu membawa pulang abu mayat pemimpin Parti Komunis Malaya Chin Peng dari Bangkok, Thailand dan Siti Aishah Abdul Wahab, yang terpengaruh dengan ideologi politik komunis serta didakwa dijadikan hamba di London selama 30 tahun.

Khalid menegaskan supaya kolumnis itu berhenti dari menulis artikel yang boleh disifatkan sebagai berbaur hasutan.

Selain membayangkan kedegilan Mariam boleh mengundang polis untuk menahannya.

"Dalam artikel yang asli saya terpaksa berhati-hati dalam penggunaan limitasi ayat. Saya tidak boleh menyebut dakwaan yang mengaitkan rakyat negara ini yang bertanggungjawab dalam insiden pengemboman di Bali dan Jakarta iaitu Noordin Mat Top dan Dr Azahari Hussein."

Katanya adalah amat memalukan Khalid langsung tidak memahami apakah maksud undang-undang hasutan atau kepentingan peranan itu dalam kerajaan.

Pada masa sama Mariam melahirkan rasa terima kasih dengan sokongan dan galakan setelah menerima amaran tersebut.

Katanya setakat hari ini masih tiada siapa pun yang cuba menghubungi dirinya melalui telefon atau emel berhubung artikelnya.

Mariam berkata lagi amaran Khalid itu lagi sebagai satu penipuan secara terang-terangan bagi menggunakan pembaca untuk menakutkan rakyat, ekoran dari kenyataannya itu.

Mariam mempersoalkan adakah Khalid menyebarkan maklumat palsu atau menghalang orang ramai daripada terus membaca portal alternatif.

Beliau menjelaskan Khalid perlu tahu bahawa penulis dari media alternatif begitu cermat dalam penulisan agar artikel yang ditulis bukan sahaja dapat menyerlah kepada pembaca namun ia juga berfungsi menyebarkan informasi dan mendidik.

"Kami juga menanti jawapan kepada soalan yang selalu dielak oleh pemimpin Barisan Nasional.

"Saya mahupun syarikat penerbitan tempat saya tidak sengaja menulis begitu hanya ingin mendapat perhatian pembaca," katanya.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

                          KPN beri amaran kepada kolumnis Mariam Mokhtar

[tmi]-  Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar memberi amaran kepada kolumnis freemalaysiatoday.com Mariam Mokhtar supaya tidak menulis artikel yang boleh disifatkan sebagai berbaur hasutan.

Beliau tidak senang dengan artikel tulisan Mariam bertajuk 'One Ideology, Two Reactions', dalam portal berita itu semalam yang mempertikai layanan berbeza kerajaan berhubung kepulangan dua anggota radikal komunis kelahiran Malaysia – abu mayat pemimpin Parti Komunis Malaya Chin Peng dari Bangkok, Thailand dan Siti Aishah Abdul Wahab, yang terpengaruh dengan ideologi politik komunis serta didakwa dijadikan hamba di London selama 30 tahun.

"Lebih baik dia (Mariam) berhati-hati, jika tidak kami akan mengambil tindakan terhadapnya.

"(Artikel) Ini amat berbaur hasutan. Jangan siarkan semata-mata kerana hendak menarik orang melawat laman web kamu.

“Ia juga boleh mengundang kami (polis) untuk datang menangkap kamu," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Seminar Keselamatan dan Ketenteraman Awam hari ini.

Seminar itu dirasmikan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman.

Khalid kecewa kerana kolumnis itu tidak dapat membezakan tahap kesalahan yang dilakukan Siti Aishah dan Chin Peng.

"Orang yang tak ada pelajaran pun faham kenapa kerajaan membenarkan Siti Aishah pulang ke tanah air dan menghalang abu mayat Chin Peng dibawa balik.

“Ini bukan kerana seorang Melayu dan seorang lagi, Cina.

"Chin Peng terlibat dengan perjuangan bersenjata, manakala Siti Aishah hanya menganut ideologi berhaluan kiri. Beritahu saya berapa ramai orang yang telah dibunuhnya (Siti Aishah)?" tanya beliau.

Khalid berkata tindakan tidak akan diambil terhadap Siti Aishah sekiranya dia pulang ke Malaysia atas alasan wanita itu sudah berusia 69 tahun dan dia melakukan kesalahan berkenaan berpuluh tahun lalu.

Mengenai kerakyatan Siti Aishah, beliau berkata polis masih menunggu laporan daripada United Kingdom sama ada wanita berkenaan telah melepaskan taraf kerakyatan Malaysia dalam tempoh 45 tahun dia berada di negara Eropah itu.

Siti Aishah, yang berasal dari Jelebu, Negeri Sembilan, meninggalkan negara ini pada 1968 untuk melanjutkan pelajaran di London School of Economics di United Kingdom, tetapi mengabaikan pelajarannya setelah terpengaruh dengan ideologi berhaluan kiri.


– Bernama

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.