`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, December 20, 2013

Perkahwinan Aril AF7 Dan Puteri Erma – Gambar

Perkahwinan Aril AF7 Dan Puteri Erma - Gambar. Gambar Majlis Perkahwinan Aril AF7 Dan Puteri Erma Adlinda, Majlis Pernikahan Aril Dan Puteri, Gambar Kahwin

 
 Digg1  3 0  555
Perkahwinan Aril AF7 Dan Puteri Erma – Gambar | Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada pembaca blog fuh.my yang dikasihi dan disayangi sekalian. Penyampai radio ERA fm & juga bekas bintang Akademi Fantasia musim ke-7, Khairil Azam Pilus atau lebih dikenali sebagai Aril AF7 telah selamat diijabkabulkan dengan pilihan hatinya, Puteri Erma Adlinda binti Haji Megat Aminuddin selepas solat Jumaat di Kota Bharu, Kelantan.
Aril AF7 selamat bergelar suami kepada Puteri Erma Adlinda dengan sekali lafaz sekitar jam 3.10 petang sebentar tadi.
Mungkin agak berlainan sedikit berbanding negeri negeri lain, pihak pengantin lelaki menerima sembilan dulang hantaran dan turut berbalas sembilan dari pihak perempuan termasuk dengan mas kahwin berjumlah RM15,000.
Pihak lelaki menerima hantaran berupa seutas jam tangan, sehelai baju T, sehelai seluar jeans, slingbag, tali pinggang, minyak wangi, kasut, sejadah beserta Senaskah Al-Quran dan dompet.
Manakala pihak perempuan menerima seutas jam tangan, tas tangan wanita, senaskah Al-Quran, minyak wangi, kasut, sireh junjung, sejadah, kain dan cincin beserta sehelai cek mas kahwin berjumlah RM 15,000.
Isteri Aril AF7 menerima mas kahwin sebanyak RM15,000 beserta beberapa hantaran pilihan beliau dan kos perbelanjaan untuk majlis pernikahan ditanggung sendiri oleh Aril dan Puteri tanpa sebarang penajaan pihak luar.
“Cabaran untuk berkahwin yang utama apabila kita perlu mempunyai duit yang banyak. Namun saya ada buat simpanan sejak mula bekerja sebagai persediaan untuk kegunaan seperti ini”
“Saya juga lebih selesa menggunakan duit sendiri daripada mahu mencari penaja mana-mana pihak,” ujarnya kepada media sebelum hari pernikahan hari ini.
Majlis pernikahan dan persandingan akan diadakan secara kecil-kecilan untuk ahli keluarga terdekat di Wakaf Che Yeh, Kelantan dan selepas itu dijangka mengadakan kenduri kesyukuran di kampung Aril yang terletak di Melaka. – RotiKaya
Tahniah Dr Fuh ucapkan kepada Aril AF7 dan Puteri Sama-sama kita doakan mereka hidup bahagia hingga ke syurga dan Aril dapat membimbing Puteri kearah yang lebih baik. In Shaa Allah.

Gambar Perkahwinan Aril AF7 Dan Puteri Erma

perkahwinan aril puteri Perkahwinan Aril AF7 Dan Puteri Erma   Gambarmajlis perkahwinan aril af7 Perkahwinan Aril AF7 Dan Puteri Erma   Gambargambar perkahwinan aril puteri Perkahwinan Aril AF7 Dan Puteri Erma   Gambargambar kahwin aril af7 Perkahwinan Aril AF7 Dan Puteri Erma   Gambararil puteri sah kawhwin Perkahwinan Aril AF7 Dan Puteri Erma   Gambararil dan puteri perkahwinan Perkahwinan Aril AF7 Dan Puteri Erma   Gambar
Sumber Gambar – Facebook ERA FM
The following two tabs change content below.
 Perkahwinan Aril AF7 Dan Puteri Erma   Gambar
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

-fuh.my

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.