`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, December 21, 2013

Rakyat Sabah/Sarawak Sama Taraf Dgn Bangla


Hairan bin ajaib. Negeri Sabah dan Sarawak yang kaya raya dengan hasil bumi. Hasil bumi seperti balak, minyak, kelapa sawit, ikan, getah, padi, tebu dan koko.

Sabah juga adalah antara destinasi perlancongan yang terbaik di dunia. Tulang Besi pernah naik pesawat 777 dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur. Pesawat tersebut asalnya dari Narita, Tokyo. Mengikut pramugara, pesawat tersebut pada mulanya sarat dengan pelancong Jepun. Mereka amat suka melawat Sabah.

Barang diingat, dalam tahun 70'an, Sabah adalah negeri terkaya di Malaysia. Rakyat Sabah mempunyai GDP per kapita yang tertinggi di Malaysia berbanding negara2 lain.

Namun, selepas UMNO mengambil alih Sabah, taraf rakyat Sabah telah turun kepada taraf Bangla dan Myanmar. Rakyat Sabah dan Sarawak dah disama tarafkan dengan buruh kasar yang datang dari Bangladesh dan Myanmar.

Padahal Sabah dan Sarawak adalah antara negeri terkaya dalam federasi Malaysia.

Bagi rakyat Sarawak pula, kalau mereka dapat ambil kembali kekayaan Sarawak yang dalam simpanan Pak Taib dan keluarganya, mereka tak payah nak jadi buruh kasar di Kuala Lumpur.

Dengan kekayaan hasil bumi Sabah dan Sarawak, sepatutnya rakyat Semenanjung yang lari ke sana mencari rezeki.

Sekian

Tulang Besi

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.