`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, December 23, 2013

Umat Yang Kehilangan Arah?

I received the following e mail from a reader Muhammd Haikal Che Man. This is what he said.

Salam sejahtera saudara SAA. Kebelakangan ini saya selalu lihat sebahagian umat Islam seperti 
  • kehilangan arah
  • hilang rasa sivik
  • hilang hukum akal 
  • dan berbagai lagi. 
Sebagai contoh, di dalam youtube dan media internet selalu kita boleh lihat gambar individu atau kumpulan Islam 
  • menunaikan solat di laluan pejalan kaki pusat membeli belah
  • sebelah landasan keretapi dan berbagai lagi. 
Saya tidak boleh terima langsung tindakan ini kerana bagi pendapat saya sebagai umat islam,ada tempat yang lebih sesuai untuk menunaikan tuntutan rukun wajib ini. Tidaklah menganggu orang awam dan membahayakan. Mohon jasa dan budi baik tuan untuk luangkan sedikit masa memberikan pendapat di blog tuan agar boleh dibahas. Salam sejahtera.

regards,
Muhammad Haikal Che Man

- End.

Wassalaam dan terima kasih sdra Muhammad Haikal.  Saya setuju dengan pandangan saudara.  

Satu lagi perkara ialah perbuatan "membuka puasa" sambil duduk di tepi jalan di Kuala Lumpur, duduk di tepi parit, duduk di atas tangga shopping complex atau di tengah laluan pejalan kaki. Saya pernah melihat orang berbuka puasa sambil duduk di celah tiang otomatik medan letak kereta ! Kemudian bahan bungkusan plastik, styrofoam dan kertas kuey teow dibuang begitu saja menjadi sampah bertaburan selepas umat kita selesai berbuka puasa. 

Ini bukan amalan yang baik dari segi hygiene, kesihatan, menjaga kebersihan persekitaran danmenganggu orang lain. Ia juga memberi gambaran yang kurang baik kepada orang bukan Islam yang akan memandang rendah terhadap bulan puasa dan orang yang berpuasa. 

Saya juga pernah melihat bas ekspres berhenti di tengah lorong Highway PLUS (di Bukit Berapit, Perak) kerana sepasangan lelaki dan isteri (Pakistan) ingin sembahyang di tengah jalan kerana sudah masuk waktu. Sambil mereka sembahyang, satu lorong Highway PLUS di Bukit Berapit itu terhalang dan tertutup.  Highway Utara-Selatan atau sebarang highway bukan tempat yang sesuai untuk sembahyang. 

Kita tidak boleh menganggu lalu lintas atau menganggu orang lain atas alasan menunaikan ibadat. Lagipun sudah tentu ada ruang kelonggaran sembahyang bagi mereka yang dalam perjalanan.  Bagaimana pula kita boleh menonjolkan orang Islam sebagai manusia yang prihatin dan adil jika orang Islam buat ikut sesuka hati? Bukankah orang Islam yang patut mendahului orang lain dalam menunjuk contoh yang lebih baik?

Dan jangan kita lupa LOUD SPEAKER atau sound system terkini buatan JVC of Japan, Bang Olafsun of Denmark atau buatan China. Kebelakangan ini masjid dan surau sering 'upgrade' loudspeaker atau pembesar suara kepada yang latest dan terkini. 



Kekadang sejam sebelum sembahyang subuh, masjid dan surau sudah mainkan ayat Quran. Lepas itu azan dan sembahyang. Lepas sembahyang pula kekadang ada kuliyah subuh yang di "siarkan" menerusi loudspeaker buatan JVC atau buatan China itu. 

Sudah tentu jika bunyinya sangat kuat ianya boleh menganggu orang bukan Islam, kanak-kanak kecil yang sedang tidur (Islam dan bukan Islam) serta orang Islam sendiri. Saya kenali seorang sahabat Melayu yang pernah menulis surat kepada masjid berdekatan rumahnya mengadugangguan sistem loudspeaker masjid yang terlalu kuat. 

Bukankah "loudspeaker" dan sound system semuanya buatan orang kafir yang menggunakan teknoloji sekular dari Barat, Yahudi, Zionis dan sebagainya? 

Saya percaya jika "musuh-musuh Islam" (yang disyakki bersembunyi di sebalik setiap batang pokok, mungkin kerana mereka tidak mempunyai kerja lain) ingin kipaskan kemarahan dan kebencian orang bukan Islam terhadap Islam mereka akan sangat gembira melihat masjid dan surau memasang sistem loudspeaker yang lebih besar dan lebih "berkuasa" yang bakal menganggu jiran di kawasan sekeliling.   

Mereka sedang ketawakan orang Islam yang tidak dapat bezakan apa itu syiar Islam dan apa itu menganggu jiran.  

Sebelum tahun 60an jarang sekali masjid mempunyai alat loudspeaker pun. Dan sudah tentu pada zaman nabi langsung tidak ada sistem loudspeaker. Sudah tentu para sahabat nabi tidak pernah menggunakan sistem pembesar suara yang berasaskan teknoloji sekular orang kafir yang bolehmenganggu orang lain.   

Saudara Haikal merupakan seorang Islam yang lebih prihatin. Jadi apabila saudara sendiri berkata :


Kebelakangan ini saya selalu lihat sebahagian umat Islam seperti 
  • kehilangan arah
  • hilang rasa sivik
  • hilang hukum akal 
  • dan berbagai lagi
saya terfikir bagaimana pula pandangan orang bukan Islam terhadap perbuatan orang Islam ini?   Jika orang bukan Islam pun melihat orang Islam sebagai :
  • kehilangan arah
  • hilang rasa sivik
  • hilang hukum akal 
apakah orang bukan Islam akan berebut-rebut untuk "memasuki" Islam? Saya rasa tidak mungkin. 

Dalam pengalaman saya dalam beberapa tahun yang terdekat ini, saya kenali tiga pasangan 'Islam dan bukan Islam' terpaksa putus tunang sebab "calon" bukan Islam itu tidak lagi berminat atau tertarik dengan Islam. Mereka tidak rela "memeluk" perkara-perkara yang saudara Haikal huraikan itu. 

Seorang kenalan saya berkata bahawa di Amerika Syarikat lebih 70% daripada muallaf baru (new converts) meninggalkan "Islam" dalam tempoh lima tahun dan kembali kepada pegangan asal mereka. 

Antara sebab utama ialah terlalu banyak percanggahan, kekeliruan dan seruan untuk membenci sesama manusia yang dialami selepas memeluk Islam. Sila rujuk petikan berikut :


  • seven out of ten Muslim converts, end up not practicing religion or leaving it 
  • most common cause 

  1. information overload
  2. too many different directions of instruction 
  3. and spheres of foreign influence 

      • new Muslim given conflicting information about 

      1. what they should do
      2. which group they should join
      3. who and what they should love and hate
      4.  and where they can and cannot go to worship. 
            • muslim convert spends about 5 to 7 years :

            1. literally going around in circles with their religion
            2. dispute with other Muslims about what is haram, halal 
            3. or meaning of this or that verses in the Quran 
            4. or this or that prophetic tradition
                  • Other times they are busy trying out 

                  1. different types of Islam
                  2. different labels
                  3. each one requiring that he or she re-adjust their faith foundation
                  4. while repudiating the other group

                        • One day a Salafi, next day a Soofi, next day a Maaliki, next day a Habashi, next day a Tablighi, and so on.
                        Satu lagi rujukan adalah seperti berikut :  Why are New Muslims Leaving Islam?


                        Maka inilah antara kekeliruan yang menimpa "muallaf baru" di Amerika Syarikat yang mengakibatkan 70% atau lebih daripada golongan itu meninggalkan agama baru mereka.

                        Bagi saya Islam tetap Islam.  "Inna-lad-deena indallaahil Islam" yang bermaksud'Sesungguhnya ad-deen di sisi Allah adalah Islam'. 

                        Islam itu adalah deen atau satu cara hidup yang baik.  Cara hidup yang baik juga bermaksud kita 
                        • tidak kehilangan arah
                        • tidak hilang rasa sivik
                        • tidak hilang hukum akal 
                        Malangnya tiga perkara ini tidak termasuk dalam weltenschaung atau 'worldview' paling ramai orang agama. Yang sedihnya Islam yang terpaksa tanggung berbagai tuduhan dan tohmahan.  Because of the poor habits or the unacceptable behaviour of confused Muslims, Islam has to get a bad name. 

                        No comments:

                        Post a Comment

                        Note: Only a member of this blog may post a comment.