`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, July 9, 2014

Apabila Tidur TS Muhyidin Terganggu



TS Muhyidin dilapurkan:

Sebagai timbalan PM, setiap malam sebelum saya tidur, saya memikir bagaimana mahu mengurus negara. seorang insan mengirim pesanan ringkas( SMS) kepada saya bertanya apa akan jadi kepada orang Melayu, mengapa Islam dicaci dan dinista dan berbagai isiu yang seumpama nya. perkara2 ini memang berlaku dan ianya membimbangkan. Kita mesti kembali kepada pada jalan yang benar. Biarkan agama dan budaya dan adat resam kita menjadi sumber kekuatan kita.

Muhyidin meneruskan lapuran nya dengan membayangkan jika keadaan ini berlaku, maka peristiwa berdarah rusuhan kaum 13 Mei mungkin berlaku semula. menyebut nya sebagai suatu tarikh yang tidak boleh disebut , Muhyidin kata ia akan berlaku jika ketegangan kaum dan agama tidak dibendung.

Kenapa ada ketegangan kaum dan agama?

Pertama- kerajaan yang ada kuasa penuh keatas polis, tentera dan pendakwaan- mengapa duduk diam dan tidak mengekang perkara ini? Kenapa biarkan? Hadapkan petualang2 ke mahkamah. Jangan takutkan rakyat dengan jembalang 13 Mei. Jangan jadikan 13 Mei alasan untuk menutup kelemahan dan rasuah yang kerajaan lakukan.

Kamu kerajaan dan kamu ada kuasa keatas legitimate coercive instruments seperti polis, tentera dan pendakawaan. Mengapa tidak guna ini semua dan tangkap mereka yang saban hari mencetuskan kenyataan demi kenyataan menyumbang kepada ketegangan kaum dan agama? Mengapa tidak kejar perkasa, isma dan kumpulan lain? Jika bangsa lain mengeluarkan perkataan berbaur perkauman dan memusuhi agama Islam- tangkap mereka. Kita ada undang2 yang boleh beroperasi ala undang2 emergency ordinance bukan? Jika benar2 ada ancaman, ambil tindakan.

Jika tidak mahu guna kuasa dan kapasiti yang ada, tidak perlu Muhyidin memperdengarkan kepada kita leteran dan bebelan nya sebelum tidur. Jika ianya mengganggu tidur TPM kita, bekalkan TPM dengan pil tidur.

Dengar sini rakyat Malaysia- jika 13 Mei berlaku semula, maka yang mesti disalahkan ialah Muhyidin sendiri. Dalam tahun 1969, UMNO menyalahkan DAP sedangkan dosa DAP hanyalah ia telah berjaya mendapat lebih banyak sokongan orang Cina dari parti belaian UMNO, seperti MCA dan Gerakan.

Apa akan jadi kepada orang Melayu? Ini soalan yang boleh dijawab panjang lebar. Apa yang akan jadi kepada orang Melayu sudah pun terjadi semasa berada dibawah naungan UMNO.

Orang Melayu yang susah lebih ramai dari yang senang. Bangsa lain seperti Cina jauh lebih baik dari keadaan orang Melayu sebab pemimpin Melayu sendiri yang memudahkan cara orang Cina kaya raya. Pemimpin Melayu termasuklah raja2 Melayu sekali.

Kesalahan yang orang Cina lakukan ditutup sebelah bahkan kedua belah mata; orang Melayu yang melakukan kesilapan dihukum berat. Apa yang terjadi ialah orang Melayu hanya mampu beli rumah murah dan kos rendah dan PR1MA. Lama kelamaan orang Melayu dari orang biasa sampai raja mereka menjual harta benda Melayu dan orang Melayu berbondong bondong berhijrah semula ke kampung dan di pinggiran Bandar.

Apa akan jadi ialah perbezaan kekayaan dan pendapatan dikalangan orang Melayu akan terus membesar dan melebar. Pendapatan bulanan 20% teratas Melayu sekarang hampir RM11,000 sebulan, yang 40% terbawah ialah RM 1700 sebuan. Kita sangka RM1700 sudah menggembirakan- ramai Melayu hendak dapat RM500 sebulan pun susah.

Orang Melayu akan ketinggalan jika UMNO mengekang minda orang Melayu. UMNO menakutkan dan membodohkan orang Melayu. Itu yang telah terjadi kepada orang Melayu dan itu yang akan jadi kepada orang Melayu. Orang Melayu tidak berani bersuara menegurkan kesalahan yang pemerintah lakukan. Apa akan jadi ialah UMNO akan jadi parti yang mendukung cita2 politik dan bisness segelintir kumpulan Melayu yang kaya raya dan elit politik. UMNO akan jadi jurubicara suatu oligarchy.  

Melayu jadi bangsa yang takut dan mengemis dalam negara sendiri. Muhyidin berketuakan seorang presiden UMNO yang mengajar bangsa Melayu bahawa menerima bantuan BR1M dan segala bentuk pujukan kewangan lain sebagai suatu perlakuan murni. Najib memberi dan menghulur imbuhan kewangan sama banyak degan Mahathir membuka kilang dan perusahaan semasa Mahathir jadi PM.

Ini menunjukkan Najib dan MUhidin tidak ada clue bagaimana mengangkat orang Melayu.

Kepimpinan negara ini telah bergerak dari buruk kepada yang lebih teruk.

Muhyidin berketuakan seorang presiden UMNO yang hanya tahu menyelesaikan masaalah dengan memberi sogokan yang legitimate. Seolah2 itulah cara bangsa Melayu memajukan diri mereka. Hari ini, duit bonus felda, esok duitraya itu dan ini.

Mana pergi keberanian orang Melayu? Jawapan nya ia sudah beku dan kian pupus dibendung dan dikurung oleh UMNO. UMNO sekat orang Melayu dalam pelbagai bentuk. Orang Melayu takut hendak teroka tanah, orang Cina bantai sampai 80 ekar seorang. Orang Melayu hendak dapatkan 2 ekar pun sakit, orang Cina tidak lansung menghiraukan sekatan dari kerajaan. Orang Melayu dalam kerajaan ramai yang rasuah. Penerokaan haram orang Cina ditutup sebelah atau dua mata. Penerokaan anak Melayu diambil tindakan yang keras.

Jadi jawapan kepada soalan apa jadi kepada orang Melayu ialah orang Melayu akan terus lemah berketuakan UMNO. Cuba tingalkan kebiasaan menyokong UMNO- kita akan rasa nikmat mendapat kemerdekaan dan liberasi.

Ini pengajaran dari puasa. Saya membaca tuisan Zaid Ibrahim mengenai ustaz yang mengajar kebaikaan puasa. Pertama ia akan menjadkan kita insaf mengenai kehidupan yang miskin. Di negara kita, ramai orang miskin dan keinsafan bagaimana rasa miskin tidak bergantung kepada puasa. Oang Melayu ada pengalaman merasa kemiskinan.

Kedua, puasa menjajar kita erti disiplin.

Adapun suatu lagi pengajaran ialah melatih kita supaya meninggalkan kebiasaan. Makan itu, perbuatan biasa. Munum pun juga biasa. Berkelamin pada mereka yang berkahwin ada perkara biasa. Puasa mendidik kita meninggalkan perbuatan2 biasa ini dan seterusnya mengajar kita bila kita meninggalkan kebiasaan kita, tidak ada kesrosakan kepada kita terjadi.

Perkara yang biasa yang dilakukan oleh sebahagaian orang melayu ialah menyokong UMNO. Maka jika kita ambil pengajaran dari puasa- mari kita tinggalkan kebiasaan menyokong UMNO dan lihat apa akan jadi kepada kita? Seperti puasa, meninggalkan yang biasa kita lakukan akan mendatangkan kebaikan.

Posted by sakmongkol AK47

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.