`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, November 15, 2014

AWAS! Cubaan Merompak Kereta Pelajar Di Kuala Kubu Bharu

Gambar hiasan

Assalamualaikum,

Kepada sesiapa yang membawa kereta di UIA, sekiranya anda ingin mengisi semula minyak kenderaan anda, bawalah rakan bersama.

Pada hari ini pukul 4.06 petang, saya telah berhenti untuk mengisi minyak di stesen minyak Shell Kuala Kubu Bharu, lalu kereta saya dihalang oleh sebuah Proton Persona. Dan keluarlah seorang lelaki berbangsa India menyapa saya dan bertanyakan tentang hak milik kereta yang saya pandu, lalu dia mengatakan kereta ini "wanted".

Setahu saya kereta saya ini dibayar secara ansuran setiap bulan dan saya baru 3 bulan pakai kereta ini. Mustahil pihak bank nak tarik dan kalau mengikut prosedur, pihak bank akan menelefon penjamin kereta tersebut sebelum menghantar notice untuk menarik kereta.

Modus operandi lelaki tersebut ialah;
  1. Menunjukkan sijil yang menyatakan dia ni penarik kereta yang sah (sumpah menipu giler sijil tu)
  2. Dia akan menyandar di pintu pemandu dan menghalang saya untuk masuk kereta (bajet kuat dan macho)
  3. Mengugut untuk mencederakan saya sekiranya tidak sekali² menyerahkan kunci kereta. (Ayat bapak kasar, bajet samseng la)

Saya menolak lelaki tersebut ke tepi dan masuk ke dalam kereta serta beredar dari stesen minyak tersebut. Sewaktu ingin beredar, kereta saya telah dihalang oleh Proton Persona tersebut namun berjaya meloloskan diri.

Namun, saya diekori lelaki India tersebut lalu saya berhenti di balai polis berdekatan. Kereta suspek tersebut ialah;

Proton Persona berwarna kelabu (bampar depan warna hitam dan plate number WWB) dan lagi sebuah kereta ialah Proton Saga BLM berwarna emas.

Nasihat saya sekiranya anda berada dalam situasi ini;
  1. Pastikan anda kunci kereta anda kunci kereta anda berada dengan anda. (sebelum buat pembyaran untuk membeli minyak)
  2. Berlari masuk kedalam kedai stesen minyak dan telefon 999
  3. Sekiranya ada penumpang, suruh dia berlali meninggalkan kereta
  4. Tekan butang "panic" di kunci kereta untuk menarik perhatian orang sekeliling.
  5. Tunggu pihak polis datang
  6. Cuba untuk merakam video yang memaparkan wajah suspek dan juga kereta serta nombor pendaftaran kereta.

Bersama kita membanteras jenayah, (sumbat mereka ini ke dalam penjara).

P/s: Berhati-hatilah sentiasa. Antara kita sedar atau tidak ada yang sedang menunggu peluang untuk jadikan kita mangsa jenayah mereka.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.