`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!





Saturday, November 29, 2014

Sepatutnya Ustazah Kening Nipis nie kena dakwa di bawah akta hasutan yang Najib kekalkan..!!

DUA wanita Melayu, satu Cina dan satu India telah membuat laporan polis terhadap seorang Ustazah Umno yang juga dikenali sebagai ustazah kening nipis kerana menyebarkan cerita bohong dan fitnah, di Perhimpunan Agung Umno PWTC.

Cerita bohong yang disebarkan oleh Ustazah kening nipis ini dilihat sengaja mahu menimbulkan kekacauan dan huru-hara apabila memfitnah, kononnya berlaku tindakan membakar Al-Quran oleh orang Cina di Kedah untuk upacara sembahyang mereka.

‎Laporan Polis dibuat oleh Ahli Parlimen DAP Kulai, Teo Nie Ching, turut hadir Ahli Parlimen Batu Kawan, Kasthuri Patto, Setiausaha Politik Lim Kit Siang, Dyana Sofya dan ahli parti DAP, Syefura Othman.


Kenyataan Ustazah Kening Nipis itu jelas sekali bercanggah dengan kenyataan media, MB Kedah Datuk Mukhriz Mahathir sebelum ini yang menjelaskan bahawa tiada kejadian orang Cina membakar Al-Quran, sebaliknya Al-Quran dimaksudkan telah dikoyak oleh seorang lelaki Melayu yang mengalami gangguan mental.

Di bawah ini kenyataan media rasmi Datuk Mukhriz Mahathir, Menteri Besar kedah.


Kenyataan fitnah Ustazah Kening nipis ni, jelas sekali mahu mengapi-apikan sentimen perkauman dan agama, siap mengajak orang Melayu bangkit pertahankan agama Islam bagai dalam Perhimpunan Agung UMNO tanpa usul periksa.

Sama-sama kita lihat Ustazah Kening Nipis ini akan didakwa di bawah Akta Hasutan, Seksyen 505 atau siasatan mendapati dia tiada niat menghasut hahaha...

"Kalau pembangkang, dah lama tidur lokap..."


-milosuam

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.