`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, November 29, 2014

Sandiwara Apa Ini?.. UMNO Luluskan, UMNO Bantah?


Masa dicadangkan untuk dibangunkan Pengkalan Udara TUDM Butterworth ini dulu tak ada siapapun yang berani bantah tapi sekarang berlumba-lumba pulak puak UMNO sendiri yang membantah..

Maklumlah ketika dicadangkan dulu cadangannya datang dari pemimpin UMNO yang jadi Perdana Menteri pada masa itu jadi tak adalah macai UMNO yang berani nak bantah..

Walaupun sedar ketika itu dari segi geopolitik ianya merugikan pihak UMNO sendiri kerana undi pos disitu menjamin satu kerusi Parlimen buat UMNO/BN tapi kerana takut kena cantas semua buat bodoh sajalah..

Sekarang bila yang mencadangkan dan meluluskan dah tak ada kuasa.. semua pakat nak jadi hero, baru sedar Melayu yang ada disitu akan terpelanting entah kemana..

Laporan berkaitan..

Rancangan membangunkan tanah Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Butterworth sebagai pusat kesenian dan riadah, dilihat hanya akan menjejaskan masa depan orang Melayu di Pulau Pinang.

Ketua Umno Bahagian Permatang Pauh Datuk Mohd Zaidi Mohd Said berkata projek di kawasan seluas 430 hektar itu juga bakal memberi kesan kepada geopolitik orang Melayu.

Beliau meminta perdana menteri yang juga Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak supaya segera campur tangan terhadap cadangan pihak tertentu itu, katanya ketika membahaskan usul ucapan dasar presiden pada Perhimpunan Agung Umno 2014 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur, hari ini.

Zaidi berkata pangkalan TUDM itu terletak di kawasan Dewan Undangan Negeri Teluk Air Tawar dan Parlimen Tasik Gelugor, kerusi milik Umno.

Dilaporkan tapak TUDM Butterworth itu dicadang dibangunkan sebagai pusat kesenian dan riadah oleh sebuah syarikat swasta melalui konsep pertukaran tanah di mana syarikat tersebut akan menyediakan sebuah tapak baharu untuk pangkalan TUDM.

Pangkalan TUDM yang ketika ini di Teluk Air Tawar, Seberang Perai itu merupakan pangkalan utama di utara tanah air.

Pangkalan yang diwujudkan sejak 1941 itu terletak kira-kira lapan kilometer dari Butterworth dan menghadap ke arah Pulau Pinang.

Zaidi berkata tanah TUDM tersebut juga akan dibangunkan dengan projek perumahan mewah di tepi laut dan dibimbangi akan berterusan meminggirkan orang Melayu.

"Sekiranya projek itu membawa malapetaka kepada orang Melayu, maka pemimpin Melayu harus memutuskan projek itu tidak dijalankan," katanya. – Bernama

Isu ini sebenarnya aku pernah bertanya kepada beberapa orang sahabat yang aktif dalam UMNO.. "Awat hangpa bodo sangat? yang hangpa biar Pengkalan TUDM tu kena dipindahkan pasai apa?"

Yang ruginya orang Melayu sendiri.. pasal disitu ada lebih kurang 13 buah kampung yang majoritinya ialah orang Melayu.. tak ada jawapanpun dari dia..

Dan apa yang dibincangkan adalah lebih kurang dengan apa yang Ketua Bahagian UMNO di atas tu suarakan..  

Siapa yang luluskan?.. tengok apa yang terpapar dalam dalah satu banner dalam gambar di bawah ni..


Maksud aku.. banner yang tulis "Aku cari Al-Ghazali.. tapi terjumpa TSR"..

"Aku cari Al-Ghazali.." ayat siapa tu agaknya??
 

Baca juga laporan mengenai gambar-gambar di atas tu di SINI

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.