`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, November 29, 2014

Gara-Gara Ucapannya, Perwakilan Umno Bakal Dipecat?


Sebagai doktor perubatan, Dr. Mohammad Nawar Ariffin dapat merasakan UMNO sekarang berada dalam keadaan sakit. Bagaimanapun, wakil dari Kedah itu berkata, walau di peringkat kronik sekali pun, UMNO masih ada peluang untuk diubati dan sembuh seperti sedia kala.

“Ada ubatnya untuk sembuhkan kesakitan yang dihadapi. Ubat itu ialah semua jentera UMNO dari tiga sayap kena menghayati matlamat dan perjuangan parti kemudian terjemahkan di peringkat akar umbi.

“Setiap penyakit ada ubat dan penawarnya, begitu juga UMNO. Parti ini boleh sembuh dengan suntikan semangat yang ditunjukkan oleh semua jentera,” katanya ketika mengambil bahagian dalam perbahasan usul menyokong ucapan dasar Presiden UMNO pada Perhimpunan Agung UMNO 2014 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

Dr. Mohammad Nawar berkata, beliau sedih dan kecewa dengan sikap lupa diri segelintir golongan profesional yang tidak berterima kasih kepada UMNO.

Katanya, mereka bergelar profesional dan bergaji puluhan ribu sebulan adalah hasil daripada perjuangan UMNO, tetapi apabila sudah berjaya, cepat lupa diri.

“Saya anak petani… ayah dan ibu saya bertungkus lumus membesarkan saya di bawah pemerintahan UMNO sehingga saya berjaya mendapat gelaran doktor pakar, tetapi saya tidak pernah walau sekali benci UMNO.

“Malah, saya terapkan rasa kasih sayang parti keramat UMNO ini dalam diri anak-anak saya, walaupun mereka masih kecil,” katanya. ~malaysia gazzette


Addin:

Adakah perwakilan ini bakal dipecat kerana ucapan pedasnya?

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.