`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, November 30, 2014

UMNO Jurucakap Golongan T20



Cukuplah. Orang Melayu mesti berhenti dari menerima bahawa UMNO itu suara orang Melayu. Ahli UMNO hanya 1 dari 6 orang Melayu. Hanya kerana mereka parti terbesar, ahli nya ramai, dan mereka menguasai kerajaan- ini  tidak bermakna mereka suara mutlak bagi orang Melayu.

Apa UMNO hari ini? UMNO adalah suara Melayu istimewa yang mahu mengekalkan keistimewaan yang mereka nikmati. UMNO parti kelompok terdiri dari 20% teratas,(T20) untuk pihak 20% teratas , oleh kelompok 20% teratas. Kelompok yang menguasai 65% kekayaan dikalangan orang Melayu. Inilah UMNO yang sebenarnya.  

Individu dalam kelompok 20% teratas mempunyai pendapatan hampir RM11,000 sebulan, individu dalam kumpulan 40% terbawah atau B40 mempunyai pendapatan bulanan RM1700. Dalam pada itu pun menteri UMNO tipu satu Malaysia menyatakan bahawa pendapatan purata isi rumah ialah RM5900. Orang UMNO tidak lagi boleh bercakap benar kepada rakyat.

Mana mungkin kelompok 20% ini melaksanakan dasar yang mencairkan kepentingan dan keistimewaan mereka?Jeritlah sekuat manapun, kita sudah tahu temberang UMNO.

Dibawah UMNO, rakyat makin susah menyarai kos kehdupan kerana akses kepada modal dan akses kepada sumber pengkayaan dimonopoli oleh Melayu istimewa. Dibawah UMNO, rakyat sukar mampu memiliki rumah dalam bandar2. Dibawah penjagaan UMNO, tanah reseb Melayu makin mengecil. 

Bagaimana UMNO bersandiwara tidak sedar mengenai pengecilan tanah reseb Melayu walhal ia berlaku ketika segala tanah dibawah penjagaan mereka? Menjadikan tanah milik felda atau felcra atau risda sebagai reseb Melayu tidak menyelesaikan fakta dan kejadian tanah reseb yang asal dibiarkan terlepas kepada tangan bukan Melayu.

Ini kerja bodoh dan tindakan pak pandir.  Tapi, suara2 pak pandirlah yang kedengaran kencang dari PWTC.

Sekarang mereka berkerja keras mempertahankan keitismewan ini tatkala rakyat mulai sedar bahawa UMNO bukan lagi jurucakap dan pembela hak rakyat. Ya tuan tuan dan saudara semua- kita hanya perlukan 2% sahaja tambahan undi menolak UMNO, kita akan nyahkan UMNO daripada jadi kerajaan yang menyusahkan rakyat.

Shahrizat Abdul Jalil, Khairy Jamaludin, Mas Ermieyati, Najib Razak boleh sebut apa sahaja dalam perhimpunan agung UMNO, ianya tidak mengobah nasib orang Melayu. Bagaimana mengembalikan fascisme UMNO mengobah keadaan ekonomi kita yang kian merosot dari sudut derita rakyat? Respon Najib ialah menakutkan dan mengancam rakyat supaya jangan bercakap?

Bila kita bersuara kita bukan menyuarakan bantahan kepada orang Melayu tapi kepada UMNO- parti politik yang megemudi kerajaan hari ini.

Bagaimana pengembalian Akta Hasutan yang akan digunakan untuk menutup mulut rakyat- menutup skendel kewangan 1MDB? Mengapa bebal sangat puak UMNO ini memuji 1MBD sebagai suatu yang baik, sedangkan dana tersebut sudah menangggung beban hutang RM42billion? adakah ini menjadikan economic sense?  4 firma akauntan terbesar takut untuk mengodit 1MDB manakala yang terakhir sanggup tapi menyediakan nota amaran yang panjang lebar.

Para pencuci najis pemimpin UMNO menceritakan bahawa 1MDB membawa tanggung jawab social korporat. Nah- sekarang para penipu dan lanun khazanah negara punya suatu alasan bagi men-justifikasikan rompakan dan tamak haloba- asal sahaja corporate social responsibility di laksanakan- maka dosa itu jadi bersih. Lakukan kebaikan, maka dosa tertebus. Inilah penipuan UMNO keapada orang Melayu.

Shahrizat mahu bikin apa untuk mengembalikan maruah orang Melayu? KJ mahu tutup mulut orang dari mengkrik UMNO yang melakukan pelbagai onar? MAS Ermiyatie mempertahankan sendaan kepada Raja Melayu dan golongan bangsawan?

Orang awam tidak perlu gusar keatas ribut serta taufan yang bergema dalam dewan PWTC. Gerombolan UMNO yang menang 47% undi popular sedang bersidang.
Biasa lah tu. Yang mahu mencipta nama akan bising itu dan ini. Sharihriazat Abdul Jalil, ketua wanita UMNO yang tidak tahu apa suami dia buat apa2 walaupun tidur dengan suami cakap  besar mahu berjuang mengekal maruah bangsa Melayu? Setelah berkuasa sejak tahun 1955, duhulunya melalui perikatan sekarang BN yang ditunjangi oleh UMNO) belum siap kerja mereka memantapkan maruah bangsa Melayu?

Sekarang nampak nya, UMNO hanya mampu mempertahankan kedudukan mereka dengan menggunakan undang2- jadilah negara kita ini sebuah negara ruled by law bukan rule of law. Kita guna dan kekalkan undang2 menyekat rakyat kritikal terhadap kerajaan.  Dan Najib menggunakan alasan bahawa orang Cina dan bukan Melayu lah yang menyebabkan terpaksa dia mungkir janji mahu membasmi akta hasutan.

Kenapa akta ini tidak dikenakan keatas semua mereka yang sekarang ini menghasut semasa PAU 2014?

Akta Hasutan akan disasarkan kepada pengkritik legitimate kerajaan dan dan bukan nya keatas kumpulan atau indidividu yang menghasut untuk melagakan kaum di Malaysia. Jika tidak mengapa tidak tangkap sahaja Ibrahim Ali, presiden Isma dan pemimpin pertubuhan NGO ultra Melayu lain? Kenapa tidak tangkap mana2 pemimpin NGO bukan Melayu yang melagakan kaun?

Setiap kali PAU ada, isiu nya sama- Melayu dan hak Melayu istimewa terancam- ya- hak Melayu istimewa. Hak istimewa putera dan bumiputera- hak putera dan puteri golongan bangsawan, hak putera dan puteri pemimpin atasan, hak putera dan puteri pemimpin UMNO. 

Putera dihadapan- bumi tinggal dibelakang.Hidup bumiPUTERA!

Saya nasihatkan pemimpin UMNO- sudah dan berhentilah kencing orang Melayu. Rakyat bawahan dihasut untuk berkelahi, mencurigai sesama sendiri- tapi pemimpin besar UMNO berbisnes dan berseketiduran dengan cukong Cina dan bukan Melayu yang lain. Kesemua bisnes mereka berakan-kongsikan bukan Melayu terutama orang Cina yang dikatakan pintar berbisness.

Golongan bawahan, proletar, murba kesemua dihasut untuk bekelahi sesama sendiri. Saya katakan kepada saudara dan saudari pembaca- semua NGO Melayu- perkasa, isma, dan lain2 lagi yang tidak perlu disebut nama- semua nya berkhidmat dan menghambakan diri untuk golongan bourgeoisie Melayu.  

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.