`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!





Sunday, November 30, 2014

HARGA BARU RON95 TURUN 4 SEN SELITER TAPI DIESEL NAIK 3 SEN

Harga Baru RON95 Turun 4 Sen Berkuatkuasa 1 Disember


Kecoh di laman sosial dan blog apabila tersebar harga baru runcit bagi petrol semua gred dari RON97, RON95 dan Diesel yang akan berkuatkuasa pada 1 Disember depan.

Bagaimanapun, kenyataan Kementerian Kewangan itu dilihat tersebar lebih awal biarpun ada makluman dalam kenyataan itu bahawa ia perlu disiarkan hanya pada pukul 8 malam esok.

Ketika berita ini ditulis, kenyataan embargo itu telah pun terbit di banyak blog dan portal sehingga menimbulkan tanda tanya mengapa kenyataan itu terlepas kepada semua pihak dan media sosial terlalu awal jika ia hanya sepatutnya diumumkan mulai 8 malam esok.

Menurut kenyataan itu, harga baru runcit bagi RON95 ditetapkan pada RM2.26 seliter bulan depan, yakni dikurangkan sebanyak 4 sen daripada harga semasa RM2.30 sen.

“Harga bagi petrol RON97 bagi bulan Disember ditetapkan pada RM2.46 seliter diturunkan 9 sen daripada harga asal RM2.55 seliter.

“Bagi Diesel, harga yang ditetapkan ialah RM2.23 seliter naik 3 sen daripada RM2.20 sen sebelum ini,” menurut kenyataan itu.


Daripada kenyataan itu, ia dilihat dihantar kepada Pengarah Eksekutif syarikat IPTB Sdn Bhd yang memiliki sepenuhnya syarikat petrol jenama Buraq Oil.

Harga baru itu dikeluarkan selepas baru-baru ini kerajaan membuat keputusan menetapkan harga RON95 mngikut sistem apungan terkawal sepertimana mekanisme yang digunakan untuk menetapkan harga RON97.

Ia dilakukan berikutan harga minyak mentah ketika ini berada pada paras bawah AS$80 setong.

Menurut kerajaan, sistem apungan terkawal itu akan terus digunakan selagi harga minyak mentah dunia di bawah AS$80 setong. – MYNEWSHUB.CC



BERITA BERKAITAN.....

Petrol turun harga, tunggu pengumuman rasmi


Hasan Malek

SHAH ALAM - "Tunggu pengumuman rasmi dalam sehari dua lagi," demikian menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek ketika diminta mengulas mengenai desas-desus mengenai penurunan harga petrol membabitkan RON97, RON95 dan diesel.

Beliau berkata, pada masa ini, pihaknya tidak boleh memberikan sebarang kenyataan berhubung perkara itu.

“Saya tidak tahu daripada mana berita itu diperolehi, tetapi apa yang boleh saya katakan.. tunggu sahaja,” katanya ringkas.

Viral penurunan harga itu mula tersebar sejak hari ini apabila surat embargo yang bertarikh 28 November itu menyatakan RON95 akan turun 4 sen, RON97 sebanyak 9 sen dan diesel 3 sen.

Penurunan harga baru itu dikatakan bermula pada 1 Disember ini.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.