Rahsia seorang nelayan merogol teman wanitanya, pelajar tingkatan empat dari
sebuah sekolah menengah di sini terbongkar selepas video klip perbuatan lelaki
itu tersebut didakwa tersebar.
Ketua Polis Daerah Setiu, DSP Ab Rahman Raja Mohamed berkata, klip video
Ketua Polis Daerah Setiu, DSP Ab Rahman Raja Mohamed berkata, klip video
yang merakamkan perlakuan seks pelajar itu dengan teman lelakinya berusia 23
tahun yang dirakamkan lelaki itu, dikatakan telah tersebar di sekolah mangsa.
Menurutnya, mangsa dari sebuah kampung di Penarik mengetahui video klip
hubungan seks itu tersebar selepas ia heboh di sekolahnya pada dua minggu lalu.
“Pada Ahad lalu, mangsa memberitahu suspek bersama keluarganya datang ke rumah
mangsa menceritakan tentang perkara itu dan minta untuk berkahwin, namun keluarga
mangsa enggan menerima dan membuat laporan polis,” katanya.
Ab Rahman berkata, siasatan awal mengatakan mangsa mengaku mengenali suspek
pada 12 Disember tahun lalu dan dia mendakwa dirogol teman lelakinya itu sebanyak
tiga kali iaitu pada Februari, April dan pertengahan Mei lalu.
Menurutnya, selepasperbuatan suspek terbongkar, mangsa tampil membuat laporan
dan bertindak ataslaporan itu, polis berjaya menahan suspek di rumahnya pada jam
12.45 malam kelmarin untuk membantu siasatan.Kes disiasat di bawah Seksyen 376
Kanun Keseksaan kerana merogol.-sinarharian
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.