SEREMBAN: Lolanopita Sadi (Lola), 40 tahun ibu kepada remaja OKU, Muhammad Firdaus Dullah, kini telah mengaku bersalah diatas dua pertuduhan mengikut Akta Kanak-kanak 2001.
Rasanya semua masih ingat lagi kes tersebut yang menggemparkan seluruh Malaysia pada 21 Jun lalu yang mana seorang kanak-kanak OKU ditermui dalam keadaan yang sangat menyanyat hati.
Bagaimanapun ibunya, Lola kini telah membuat pengakuan tersebut selepas kedua-dua pertuduhan terhadapnya dibacakan semula di hadapan Hakim Kamarudin Kamsun.
Pertuduhan pertama:
Ibu kepada dua anak itu didakwa sengaja mengabaikan Muhammad Firdaus dengan cara yang mungkin menyebabkannya mengalami cedera fizikal atau emosi di sebuah bilik di rumah mereka di Blok 15-1-9 Flat Semarak, Nilai antara Januari hingga 2.30 petang, 21 Jun.
Pertuduhan kedua:
Wanita itu berdepan hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya mengikut Seksyen 33c akta sama kerana sengaja membiarkan anaknya tinggal tanpa pengawasan yang berpatutan di tempat sama pada pukul 2.30 pagi, 21 Jun. -Siakapkeli.com.my
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.