Ketiadaan kepimpinan menyebabkan huru hara.
Ada banyak pola atau trend dalam masyarakat kita yang memerlukan intervensi tegas dari pemimpin negara. Sekali lagi Najib gagal menunjukkan kepimpinan yang berani. Iaitu mengambil tindakan keatas mereka yang, oleh kerana pengaruh mereka, boleh menyebabkan huru hara dalam masyarakat.
Siapa 'mereka' ini? Mereka yang seperti bekas hakim, pemimpin NGO, pertubuhan bawahtanah atau organisasi berperwatakan bawahtanah yang menggugat kestabilan.
Oleh kerana Najib tidak ada ketegasan pimpinan, trend2 ini berjaya menggugat kestabilan negara. Najib yang terkenal sebagai the PM who does nothing- melakukan apa yang menepati deskripsi tentang nya- tak buat apa apa. Inilah sifat yang diagung agungkan oleh pengikut UMNO.
Sebagai contoh- jeritan cemas bahawa Islam digugat dan diancam jika tidak dibendung segera akan menyebabkan huru hara dalam masyarakat. Siapa dalam Malaysia ini yang mengancam Islam?
Islam yang diamalkan secara sederhana seperti yang kita orang awam fahami, diancam oleh anasir dalam Islam sendiri. Iaitu dari golongan berminda militen yang ingin mengenakan Islam versi mereka sendiri keatas orang lain. Dan kita pun sudah dengar alasan yang mereka berikan- Islam tidak ada versi lain tapi hanya se-Islam nya; inilah argumentasi yang digunakan diseluruh dunia Islam iaitu Islam seperti yang Tuhan hendakkan yang menyebabkan pembunuhan sesama sendiri, penindasan keatas wanita, kezaliman keatas umat mereka sendiri. Islam yang di poliskan oleh lasykar2 Islam yang berkeliaran dalam kampung dan Bandar mengkoreksi perlakuan dan perbuatan yang dianggap mereka sebagai tidak Islamik.
Mereka ini yang hijack Islam dan yang mengancam kredibiliti Islam. Jika Islam tidak dapat dipertahankan oleh nilai universal dan sarwajagat nya dan mesej kemanusiaan nya , tapi memerlukan skuad penyelamat dan pengsuci Islam- maka ini membayangkan kerapuhan Islam itu sendiri bukan?
Islam tidak diancam oleh golongan bukan Islam dalam negara kita ini tapi oleh orang Islam sendiri. Islam seperti yang orang awam seperti kita faham, diancam kerana dirampas oleh para ustaz yang berminda militen. Islam diancam oleh golongan yang merasakan diri mereka mewakili Tuhan di muka bumi. Islam diancam oleh mereka yang menghukum tatkala Tuhan sendiri menangguh hukum Nya dihari akhirat.
Islam diancam oleh gologan ini bukan oleh golongan bukan Islam dalam negara kita. Perkara ini sepatutnya nyata dan terang sangat kepada sesiapa yang berfikiran waras.
Golongan minority mana yang berani ancam agama yang dianuti oleh 60% penduduk Negara ini? Islam agama yang dijaga dengan cemburunya ileh 60% penduduk Negara, oleh bala tentera dan polis, oleh apparatus berkerajaan, oleh Raja2 Melayu? Mustahil agama seperti ini diancam.
Islam diancam oleh orang India dan Cina? Jika mereka ada pilihan- mereka akan jauhkan diri dari memberi komen pun terhadap Islam. Kerana mereka tahu jika mereka berbuat demikian- alamat mendapat respons yang ganas dari puak2 Muslim berminda militen.
Bekas ketua Hakim negera yang sekarang mengisi masa dinihari nya dengan penglibatan dalam pertubuhan PERKASA sepatutnya lebih cemas dengan ancaman puak berminda militen keatas masyarakat negara ini. Sungguh heran bagaimana orang yang berminda bigotted macam Tun Hamid ini berjaya menaiki kareer nya dalam system penghakiman Negara kita dan menjadi ketua hakim Negara.
Jika hakim kita mempuyai minda tidak stabil seperti yang diperlihat oleh Tun Hamid ini, apa masa depan yang rakyat ada bila pergi ke mahmah untuk dapatkan keadilan?
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.