SIBU – Seorang wanita hari ini tampil membuat laporan polis selepas anak sulungnya telah dirogol oleh suaminya atau bapa gadis tersebut.
Dalam kejadian tersebut beliau yang baru pulang bekerja terkejut mendengar suara anak sulungnya dalam keadaan mencurigakan dari arah bilik tidur.
Selepas mendengar suara itu beliau telah bergegas ke arah bilik tersebut dan terkejut apabila mendapati suami dan anak perempuannya dalam keadaan tidak senonoh dan mengaibkan.
Namun suaminya yang terkejut bagaimanapun bangun dan naik angin lalu bangun memukulnya. Selepas itu suaminya telah melarikan diri.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.